KPN pertahan tindakan tahan aktivis pembangkang
28 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini
mempertahankan tindakan polis menahan beberapa aktivis pembangkang
sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan mengekalkan
keamanan dan menjamin keselamatan masyarakat.
Beliau menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kononnya polis cuba mewujudkan era 'mahathirisme' dengan menangkap beberapa aktivis pembangkang, sebaliknya menegaskan ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Tetapi apa jua tindakan yang kami (polis) buat adalah tindakan yang patut kami buat iaitu menguatkuasakan undang-undang. Sebab itu kami dipanggil penguatkuasa.
"Polis tidak memilih sesiapa untuk kuatkuasakan undang-undang, jadi bila berlaku sesuatu pelanggaran undang-undang kami akan ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye dan beberapa anggota exconya di Bukit Aman, di sini.
Dalam pada itu Khalid menyambut baik langkah yang dibuat MCPF terutama dalam menyumbangkan idea serta cadangan bernas kepada polis melalui kerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah.
"Lawatan MCPF hari ini amat kami alu-alukan kerana sebagaimana kita tahu MCPF rakan lama kita dalam urusan pencegahan jenayah. Jadi saya harap kerjasama MCPF dengan Jabatan Pencegahan Jenayah akan bertambah erat dan saya turut mengalu-alukan kerjasama dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain dalam memberikan pandangan dan cadangan," katanya.
Sementara itu, Lee berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan polis terutama dalam mengurangkan indeks jenayah yang dilihat sebagai satu cabaran yang perlu ditangani bersama.
"Kami akan memberikan komitmen terutama kepada Jabatan Pencegahan Jenayah terutama dalam menyumbangkan pandangan serta cadangan dalam mencegah jenayah seterusnya menurunkan kadar jenayah," katanya.- Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment