Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, May 28

MACAI-MACAI Amno dalam Pakatan [Saksikan...]

‘AMK penyambung lidah ‘macai’ Umno/BN’
Pemuda PAS tidak akan berdiam diri ekoran sukar menerima kenyataan Ketua AMK mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PETALING JAYA: Pemuda PAS Gombak membalas kritikan yang dilemparkan oleh AMK terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menuduh sayap PKR itu menjadi penyambung lidah `macai’ Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.
Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, Pemuda PAS menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR (Azmin Ali) mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, kini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Shamsul didakwa membuat kenyataan itu ketika berucap di kongres nasional PKR di sini pada hari Sabtu lalu.
Menurut Syarhan, AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan wakil-wakil rakyat PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi.

“Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihan raya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada 2008.

“Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 Pakatan Rakyat dimalukan dengan insiden-insiden wakil rakyat PKR keluar parti seperti di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

PKR sambil lewa
Syarhan berkata, Inilah perkara yang ditegaskan oleh Abdul Hadi kepada semua rakan Pakatan Rakyat sepanjang perundingan kerusi pilihan raya umum.

Namun, katanya PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi.

Menurutnya, Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

“Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

“Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit.

“Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempoh hari,” tambah beliau.

PKR bermain kayu tiga
Syarhan mendakwa, tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu Pakatan Rakyat dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yang juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat, katanya.

Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga mengingatkan, AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka.

Katanya, ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihan raya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihan raya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.

“Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar,” katanya lagi.

PAS , menurut Syarhan, berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Beliau juga menasihatkan AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman Pakatan Rakyat bukan di media.

Pemuda PAS sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri, kata beliau.

Menurutnya, Pemuda PAS boleh menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yang mungkin tidak bersetuju.

Jadi elok kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.

Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai Pemuda Pakatan Rakyat yang ada akhlak dan adabnya, kata Syarhan. ~ FMT

1 orang berkata:

Anonymous said...

kalau macam ni le yang dikatakan pemimpin, parti ini tidak akan pertahan lama. Apa yang dah jadi kepada Trengganu? Apa dah jadi dengan Kedah? Buta sungguh pemimpin pas ini. Yang kita duk lesek tahi kat muka orang tak apa. Taksub itu membawa kepada kehancuran

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.