Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Empat individu didakwa edar 35kg dadah

May 28, 2013
BALIK PULAU, 28 Mei — Tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis amphetamin seberat 35kg, 14 Mei lepas.

Tiada pertuduhan direkodkan daripada Yeow Jin Chua, 46, Muhammad Nur Irwan Goh Abdullah, 48, Lim Pung Yin, 40, dan Eva Damanayati, 26, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhd Najib Ismail.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah dalam kebun di Bukit Batu Itam, di sini, pada pukul 11 malam.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang kepada semua tertuduh melantik peguam. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.