Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selatan Thai jadi transit sindiket bawa masuk warga asing

30/05/2013 1:51pm

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan mengesan ada sindiket menjadikan Selatan Thailand sebagai pusat transit warga asing, sebelum dibawa masuk ke negara ini melalui lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang.

Ketua Bahagian Penguatkuasanya, Abdul Basek Abu Bakar berkata, perkara itu dikesan susulan operasi tiga hari melalui sekatan jalan raya di Mentara, Gua Musang pada awal tahun ini.

"Pada operasi itu sebanyak 227 pendatang tanpa izin ditangkap. Kebanyakan mereka ditahan di dalam bas ekspres untuk menuju ke destinasi masing-masing,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pendatang terbabit yang kebanyakannya warga Myanmar, membayar sejumlah wang kepada orang tengah yang kemudian membawa mereka ke selatan Thailand.

"Pendatang asing turut dibekalkan dengan tiket bas ekspres dan akan dibawa masuk ke negara ini melalui laluan tikus yang terdapat di sempadan negara di Rantau Panjang,” katanya. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.