Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


29 Mei, 2013

Sekiranya Insiden Ni Berlaku Di Kelantan Pasti...

Yang pastinya kalau insiden kekecohan atau rusuhan ini berlaku di negeri Kelantan, sudah pasti macai-macai UMNO dan juga media tunganggan UMNO akan cuba mengaitkannya dengan penyokong PAS..
Tetapi oleh kerana ianya tidak berlaku di negeri Kelantan tetapi di negeri Pahang tak adalah cerita macam tu..
Kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur pada perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim malam tadi apabila sebahagian penyokong Johor bertindak memasuki padang kerana tidak berpuas hati perlawanan ditunda.
Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong Johor cedera kerana terkena balingan objek keras yang dipercayai dari luar stadium.
Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku. Tindakan berkenaan dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana pasukan Johor Darul Takzim enggan meneruskan perlawanan walaupun polis sudah memaklumkan keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.
Terdahulu perlawanan sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.
Keadaan itu memaksa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terpaksa turun ke kawasan trek dan padang untuk memujuk penonton beransur-ansur meninggalkan kawasan berkenaan supaya perlawanan dapat dimulakan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.