Akta Hasutan: Tertuduh mengaku tidak bersalah
29 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Aktivis dan ahli parlimen pembangkang yang ditahan di
bawah Akta Hasutan 1948 dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari
ini mengaku tidak bersalah.
Tertuduh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, aktivis mahasiswa, Safwan Anang@Talib, dan dua aktivis pembangkang Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Mohd Tamrin Abdul Ghafar mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Norsharidah Awang di kamar Mahkamah Majistret 1, Mahkamah Jalan Duta.
Pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) itu dibacakan di hadapan keempat-empat tertuduh kira-kira jam 10.10 pagi tadi.
Kesemua mereka dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 kecuali Safwan. Hakim Norsharidah Awang menetapkan 2 Julai 2013 sebagai tarikh perbicaraan.
Keempat-empat tertuduh didakwa memberi ucapan dalam ceramah yang diadakan pada 13 Mei lalu dengan menyebut kata-kata menghasut dan mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan rakyat mengubah kerajaan dengan cara yang tidak sah.
Difahamkan, seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang turut dikehendaki polis di bawah akta sama turut menyerah diri di Mahkamah Sesyen, di sini.

Hishamuddin yang mengaku tidak bersalah turut dibebaskan dengan ikat
jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes
pada 2 Julai.
0 orang berkata:
Post a Comment