29/05/13
DEDAH TERKINI!!! Dua saksi lapor polis salah laku pegawai SPR
.
PETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan salinan laporan
polis oleh dua saksi berhubung salah laku pegawai Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dalam mengendalikan peti undi awal.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, undi awal dan undi pos
sememangnya diragui dan boleh dimanipulasi, sekaligus memungkinkan
keputusan diseleweng bagi memenangkan calon BN.
“Keputusan undi awal di seluruh negara menimbulkan kecurigaan apabila
calon-calon Pakatan Rakyat hanya mendapat sekitar 10 hingga 15 peratus
undi awal, jauh lebih rendah dari tahap sokongan dalam PRU lepas iaitu
sekitar 30 peratus,” jelas Rafizi.
“Saya tampilkan dua bukti pada hari ini untuk membuktikan bahawa
integriti undi awal diragui,” katanya.Salinan laporan yang pertama
dibuat di Balai Polis Masjid Tanah oleh ejen calon KEADILAN bagi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Machap (Genie Lim) yang mengiringi peti undi untuk
disimpan di lokap simpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.
“Semasa saya bersama anggota rombongan yang mengiringi SPR membawa peti
undi sampai ke lokap simpanan berkenaan, dan saya lihat sejumlah tujuh
hingga lapan anggota SPR sedang mengira kertas undi,” kata saksi, Abu
Hussin Tamby dalam laporannya.
Mengikut peraturan SPR, proses mengira kertas undi hanya akan dijalankan
selepas pengundian ditutup dan disaksikan wakil parti yang bertanding.
Satu lagi laporan adalah berhubung peti undi awal yang tidak sampai ke
tempat pengiraan undi pada masa yang ditetapkan.Menurut saksi, Shairi Md
Tajudin yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Hulu, pada 5 Mei
lalu berkata, karung undi pos tidak sampai ke Dewan Bandaran Gerik pada
masa yang ditetapkan sehingga menyebabkan kiraan undi ditolak.
“Saya beranggapan ia adalah salahlaku yang disengajakan SPR bagi memberi
kemenangan kepada BN di Parlimen Gerik dan DUN Pengkalan Hulu,” katanya
dalam laporan tersebut.
“Kedua-dua kejadian membayangkan betapa longgarnya kawalan, seliaan dan
integriti peti undi awal sehingga boleh hilang dan dibuka begitu saja,”
kata Rafizi mengulas bukti tersebut.
0 orang berkata:
Post a Comment