BERAPI!! Pegawai Polis Disebat Kerana Berjudi.. Hukuman Ini Berjalan Di Khalayak Ramai... Jom Terjah!!
9:48 PM
No comments
Banda
Aceh: Seorang pegawai polis disebat di khalayak ramai di Aceh semalam
kerana melanggar undang-undang syariah, menjadikannya penguat kuasa
undang-undang pertama menerima hukuman itu.
Ketua unit jenayah umum di Pejabat Peguam Sabang, Darwin, memberitahu Jakarta Globe bahawa Brig Irwanuddin disebat enam kali kerana berjudi didaerah Aceh Basar.
Ketua unit jenayah umum di Pejabat Peguam Sabang, Darwin, memberitahu Jakarta Globe bahawa Brig Irwanuddin disebat enam kali kerana berjudi didaerah Aceh Basar.
Dia adalah anggota polis pertama dihukum kerana melanggar “kanun” sejak wilayah itu melaksanakan undang-undang syariah di sesetengah daerah.
Hukuman sebat ke atas Irwanuddin dilakukan di Masjid Besar Sabang di hadapan beratus pemerhati dari semua wilayah.
Jalani hukuman
Darwin berkata, pejabatnya pada mulanya bercadang melakukan hukuman sama ke atas dua lagi orang awam namun mereka berjaya melarikan diri sebelum sempat ditahan pihak berkuasa.
Laporan sebelum ini menyatakan bahawa hukuman yang sepatutnya dilaksanakan Khamis lalu, digagalkan oleh sekumpulan anggota polis diketuai seorang pegawai yang enggan mengenalkan dirinya, hanya pangkat beliau sebagai pesuruhjaya polis kelihatan.
“Hari ini (Selasa), kami memutuskan untuk menyebat anggota polis terbabit selepas ia dibatalkan Khamis lalu. Penyelia Irwanuddin bersetuju dia perlu menjalani hukuman dan dia dibawa kepada kami,” katanya.
Seorang saksi, yang enggan dikenali berkata Khamis lalu bahawa polis menarik seorang daripada tiga lelaki yang sepatutnya disebat yang juga seorang pegawai polis.
Ulangi dakwaan
Saksi berkata, pegawai dari pejabat pendakwa raya dan polis syariah atau Wilayatul Hisbah, tidak melakukan apa-apa untuk menahan polis terbabit yang didengar mengulangi dakwaan bahawa hukuman syariah tidak boleh dilaksanakan ke atas pegawai polis.
Penguatkuasaan undang-undang syariah di Aceh sekian lama dikritik sebagai sewenang-wenangnya dengan penduduk dan aktivis hak asasi manusia mengadu pihak berkuasa awam yang mana kesalahannya dihukum dengan sebatan sering kali terlepas.
0 orang berkata:
Post a Comment