Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Dap diarah serah dokumen, bukti

31 Mei 2013
Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
KUALA LUMPUR - DAP telah menerima surat arahan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) supaya menyerahkan dokumen dan bukti bagi membantu siasatan berkenaan kegagalan memberi notis kehadiran kepada anggota parti itu yang layak untuk hadir pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Dis lepas.
  
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya diberi tempoh sehingga 6 Jun ini untuk membalas surat itu dan mereka akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
  
Beliau berkata dalam surat itu RoS hanya meminta DAP menyertakan bukti penghantaran notis kepada empat cawangan tertentu sahaja iaitu cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Selangor; Taman Nesa Skudai, Johor; Desa Dahlia dan Ladang Paroi di Seremban.
  
"Kami telah mengesan bahawa empat anggota daripada empat cawangan itu pernah menghadiri kongres dengan menandatangani senarai kehadiran dan telah mengundi semasa pemilihan parti, seorang lagi telah mengisytiharkan dirinya keluar parti pada 16 Ogos tahun lepas iaitu bekas ketua cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat," katanya.
  
Loke yakin kelima-lima mereka dari empat cawangan itu telah membuat aduan kepada RoS berhubung dengan kegagalan penerimaan notis itu.

"Bagaimanapun, kami akan menyerahkan empat lagi anggota yang belum keluar parti kepada pihak jawatankuasa disiplin untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
  
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini, Loke menafikan kenyataan RoS semalam yang menyatakan DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Dis lepas.
  
Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataannya berkata keputusan siasatan kegagalan penerimaan notis itu diperoleh selepas menerima aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis itu serta dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres itu.
  
Loke berkata pihaknya mempunyai bukti bahawa mereka pernah menghantar notis dan dokumen lengkap melalui pos kepada kesemua anggotanya yang layak 10 minggu sebelum berlangsungnya kongres itu.
  
Katanya mengikut senarai, terdapat 2,576 anggota yang layak untuk hadir dan mengundi pada pemilihan parti itu dan daripada jumlah itu, seramai 1,843 atau 71.5 peratus anggota telah hadir manakala 733 anggota tidak hadir.
  
Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari itu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.