Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SHAMSUL BOLEH TERUS BELASAH SIAPA YANG DIA MAHU

PAS TAK BOLEH MARAH SESANGAT NGAN PKR SEBAB SHAMSUL HANYA TEGURAN BIASA JEW ! KALO PAS KURANG PUAS HATI MAKA MANA-MANA AHLI PAS BOLEH BELASAH ANUAR KAW,KAW SAMPAI MUNTAH, TU PERKARA BIASA JEW DALAM POLITIK KAN,KAN, SEBAB DALAM POLITIK TAK KIRA DOSA PAHALA, JANJI LEPAS GERAM ! ORANG PAS JIKA AMBIL KIRA SOAL DOSA PAHALA MAKA SIMPANLAH SAMPAI PRU 14 - Pak Karamu
 
Kenyataan Shamsul hanya 'teguran biasa'
SITI AISAH HABIRIN
28 Mei 2013
Azmizam Zaman Huri
Azmizam Zaman Huri
 
SHAH ALAM – Ucapan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika Kongres PKR pada Sabtu lalu disifatkan wajar  bertujuan untuk menasihati semua parti komponen dalam PR agar isu berbangkit dapat diperhalusi dan diperbaiki demi perjuangan masa akan datang.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, Shamsul Iskandar menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan pandangannya di hadapan ahli kongres dan bukannya membuat kenyataan media secara peribadi.
“Saya berpendapat, ucapan Shamsul itu secara tidak langsung bersikap terbuka dan mahu menegur untuk kebaikan bersama.

“Kita tidak mahu jadi seperti Barisan Nasional (BN) yang tidak berani menegur kepimpinan atasan sebaliknya berharap PR menjadi satu kesatuan yang saling hormat menghormati dan tegur menegur agar pertikaian dapat diselesaikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, ketika diminta mengulas laporan muka depan Sinar Harian semalam mengenai kekecewaan Pemuda Pas berkaitan kenyataan Shamsul Iskandar yang didakwa mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azmizam berkata, tindakan Shamsul Iskandar itu sepatutnya dilihat dari sudut positif dan dijadikan tauladan pada masa akan datang.

“Teguran itu bukan bermaksud AMK tidak suka kepada Abdul Hadi, tetapi jika dilihat beliau yang lebih dahulu telah menegur PKR berkenaan beberapa perkara.

“Jadi isu tegur menegur ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian. Ia untuk kebaikan semua parti komponen PR,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan parti komponen dalam PR supaya tidak mendabik dada sebaliknya berganding bahu memberi yang terbaik untuk rakyat.

“Kita tidak boleh kata parti A, B atau C yang menyumbang kemenangan pada PRU13 sebaliknya ia adalah bukti semangat rakyat yang memberi sokongan dan percaya kepada PKR, DAP dan Pas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Selangor, Habullah Mohd Ridzwan berkata, beliau tidak menganggapnya pertikaian antara Shamsul Iskandar dan Bendahari Pas, Khairil Nizam Khirudin sebagai pergaduhan malah ia lebih kepada nasihat menasihati antara satu sama lain.

“Tiada pergaduhan, cuma lontaran rasa hati kedua-dua belah pihak . Insya-Allah ada pendamaiannya nanti.” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.