Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, May 28, 2013

Anwar mengakui ada membuat perjanjian damai dengan Najib

Jamilah Kamarudin

Kongres PKR ke 9
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada awalnya melanggar perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Anwar berkata, perjanjian itu yang ditandatangani antara dirinya dan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan dalam berkempen, tiada akses kepada kebebasan media dan pilihan raya yang adil seperti mana tuntutan Bersih sebelum ini.

“Tak perlu nak cari kesalahan orang lain jika Najib sendiri yang melanggar syarat (perjanjian damai) tersebut.

“Kita sudah tandatangan syarat yang ditetapkan tetapi ia tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas upacara penutup Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Anwar telah mengingkari perjanjian itu yang digerakkannya pada April lalu, sebulan sebelum PRU13 diadakan.

Perjanjian tersebut meminta komitmen kedua-dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya.

Jusuf dilaporkan berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ‘melihat realiti’.

“Kami mempunyai komitmen, tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak, tidak,” jelas Jusuf.

Bersemuka

Sementara itu, Anwar menafikan beliau pernah bersemuka dengan Najib, sebaliknya perjanjian ditandatangani berasingan selepas mendapat nasihat daripada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau akan bersemuka dengan Jusuf dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar.

Dalam perkembangan yang lain, Anwar mahu Selangor mewujudkan satu jawatan baru dalam Pejabat Menteri Besar bagi Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mengendalikan ‘political liaison’.

Jawatan itu menurut Anwar akan mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri urusan pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, jawatan itu juga bagi melicinkan hubungan antara kerajaan negeri dengan program yang melibatkan parti Pakatan, dan proses pelantikan Saifuddin itu akan diserahkan kepada Khalid untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.