Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PERLU FOKUS LA MACHA, BN SUDAH MENANG !

Samy Vellu: BN perlu fokus dapatkan kembali kepercayaan rakyat

30 Mei 2013
Samy Vellu
Samy Vellu
KUALA LUMPUR - Bekas presiden Mic Datuk Seri S. Samy Vellu berkata pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) kini perlu lebih fokus untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat Malaysia dengan strategi baru serta mengurangkan perbalahan sesama sendiri.

Beliau berkata usaha membina semula gabungan 13 parti itu tidak hanya dibebankkan di bahu Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata malah semua pemimpin lain perlu menyumbang untuk memenuhi harapan rakyat Malaysia khususnya golongan belia.

Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata pemimpin parti komponen BN perlu sehaluan dengan Perdana Menteri bagi membolehkan beliau mempunyai keyakinan baru dalam merangka pelan untuk kesejahteraan rakyat.

Pemimpin parti juga perlu cepat dan tidak gentar untuk mempertahankan kedudukan kerajaan terhadap kritikan pihak pembangkang supaya kerajaan akan dilihat mempunyai suara yang mantap secara kolektif yang merupakan faktor penting dalam membentuk persepsi rakyat, katanya.

"Ini bukan masa untuk berbalah. Ini adalah masa untuk kita bekerja dengan lebih gigih. Kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita apakah kita tanpa BN dan bagaimana kelangsungan politik kita tanpa BN," katanya kepada Bernama.

Samy Vellu juga berkata beliau kecewa kerana beberapa ketua parti komponen BN tidak turun ke semua kawasan yang dipertandingkan oleh calon parti masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, sambil menegaskan ini bermakna mereka gagal membantu meningkatkan semangat calon berkenaan.

Sebaliknya, beliau memuji Najib atas semangat perjuangan yang gigih dalam dirinya bagi menggerakkan sokongan kepada BN pada pilihan raya tersebut yang membantu gabungan itu mempertahankan Putrajaya.

Samy Vellu, yang kini menjadi Duta Khas Infrastruktur Bagi India dan Asia Pasifik, turut berkata pemimpin parti komponen perlu mengikut rentak dengan Najib dalam pelan transformasi bagi membina negara Malaysia yang lebih baik dan mereka yang tidak dapat mengikut rentak perlu berundur.

"Perdana Menteri berjalan pantas dalam laluan transformasi bagi membawa perubahan secara sistematik dan politik. Yang lain perlu seiring dengan beliau," katanya.

Samy Vellu, yang merupakan presiden MIC paling lama memimpin parti kaum India itu selama hampir 31 tahun, juga berkata MIC perlu mengambil langkah bagi mengubah diri supaya kekal relevan kepada masyarakat India di negara ini.

Tokoh veteran berusia 77 tahun itu berkata parti itu tidak perlu bimbing terhadap perkembangan terbaru dalam arena politik tempatan seperti pelantikan anggota bukan MIC dalam pentadbiran kerajaan.

Untuk kekal relevan, beliau percaya pemimpin MIC mesti berupaya menyelami denyut nadi penduduk kaum India di negara ini serta memperjuangkan kepentingan mereka secara jelas dan koheren.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.