Thursday, May 30, 2013
Tak mahu bayar upah.. Hartawan yang membantu kempen BN Pulau Pinang larikan diri?
Menjelang PRU13 yang lalu, Pulau Pinang telah dibanjiri puluhan ribu
bendera 1Malaysia yang dipasang hingga menyemak mata memandang..
Oleh kerana bendera tersebut terlalu banyak untuk dipasang ianya telah dipasang secara rapat hingga membuatkannya tidak boleh berkibar malah kucing pun bermasaalah untuk melintasi deretan tiang bendera itu..
Walaupun ianya memaparkan logo 1Malaysia kebanggaan Najib, ianya dinafikan milik Barisan Nasional oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang.
Ada yang mendakwa kerja-kerja memasang bendera itu telah diserah kepada beberapa kumpulan kongsi gelap yang dibiayai kos nya oleh seorang hartawan yang menyokong Barisan Nasional..
Terjemahan dari laporan oleh Kwong Wah eNews ini membuktikan dakwaan oleh ramai penduduk itu adalah benar rupanya..
Dan sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang ada iaitu membayar separuh dulu upah untuk kerja-kerja yang dilakukan, bakinya dijanjikan selepas PRU..
Selepas PRU... maka janji tinggal janji..
Maka begitulah nasib kumpulan-kumpulan Kongsi Gelap yang mengambil upah memasang bendera itu.. dijanjikan separuh lagi upah selepas PRU13..
Tapi oleh kerana Barisan Nasional gagal merampas Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat.. towkay pun lari.... kah.. kah.. kah..
Diterjemahkan dari Kwong Wah eNews

Pulau Pinang - Seorang hartawan di sebalik tabir yang membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas, menyebabkan kumpulan sindiket perjudian dan kumpulan kongsi gelap yang menjalankan kegiatan menerima wang pertaruhan dan mengikat bendera tidak dapat baki ganjaran yang sepatut mereka terima , ini menyebabkan kumpulan berkenaan mula melaksanakan pencarian dan berikrar akan mencari hingga dapat hartawan berkenaan.
Selepas Najib mengistiharkan pembubaran parlimen bulan Mac yang lalu , Pulau Pinang telah muncul satu kumpulan kewangan yang “membantu secara rahsia” untuk merampas kuasa pemerintahan Pulau Pinang.
Menurut sumber, hartawan berkenaan telah menghubungkan kumpulan kewangan berkenaan dengan kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan ketua-ketua kongsi gelap.
Tambah sumber itu lagi, hartawan berkenaan pada masa itu meminta kumpulan sindiket perjudian meningkatkan kadar kemenangan pertaruhan sebanyak 18 hingga 20 kali ganda , ini membolehkan mereka menggunakan taktik “kalah duit pertaruhan” untuk meningkatkan perluang kemenangan BN di Pulau Pinang, pada masa yang sama kumpulan berkenaan “membiayai” ahli kongsi gelap untuk memasang bendera 1 Malaysia di setiap jalan.
Dari maklumat yang diberikan , hartawan berkenaan menyatakan bahawa kumpulan kewangan tersebut bersetuju membayar separuh ganjaran terlebih dahulu dan baki akan dibayar selepas PRU kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan geng-geng kongsi gelap, memandangkan ganjaran yang ditawarkan agak menarik , apatah lagi separuh ganjaran akan dibayar terlebih dahulu , maka ketua kumpulan dan geng-geng berkenaan menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh hartawan berkenaan .
Namun pada hari pengundian , kemenangan telah memihak kepada Pakatan Rakyat , kumpulan kewangan berkenaan telah memungkiri janji, tidak mahu memberi baki ganjaran kepada hartawan tersebut untuk diagihkan kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap.
Bimbang drirnya akan dikenakan tindakan oleh kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap itu, hartawan berkenaan telah melarikan diri keluar dari Pulau Pinang sebelum keputusan diumumkan.
Menurut maklumat , kini kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap sedang giat mengesan hartawan berkenaan , tetapi sehingga kini mereka masih gagal menemuinya.
Diterjemahkan dari Kwong Wah eNews
0 orang berkata:
Post a Comment