Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bengap gak timbalan pemuda PAS nih !

Shamsul sudah cakap, ok ! orang semua dah tahu, ok ! Semua orang sudah benci kat Hadi, ok ! Tak caya tanyalah semua orang yang mendengar, dan diketahui pula oleh seluruh rakyat melalui akhbar, ok ! Tetiba timbalan pemuda PAS minta penjelasan lagi, Mu ni bengap punya kaki, dengan PKR mu nak bersopan santun setelah bapak mu dibogelkan dikhalayak ramai ? Pak Karamu
Pemuda Pas mahu penjelasan Shamsul
Wartawan Sinar Harian
28 Mei 2013
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
 
SHAH ALAM -  Pemuda Pas mahu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung kritikannya terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Timbalan ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, penjelasan itu penting bagi menjernihkan keadaan di antara kedua-dua parti itu.

“Kita (Pemuda Pas) masih menunggu penjelasan daripada Shamsul. Saya sendiri pun dapat tahu mengenai perkara itu daripada akhbar sahaja, jadi kaedah terbaik beri peluang beliau jelaskan.

“Jadi saya harap Shamsul bagi respons mengenai perkara itu supaya tidak berlaku salah faham,” katanya, semalam.

Katanya, Pemuda Pas tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu selagi tidak mendengar penjelasan daripada Shamsul.

“Keadaan sekarang masih lagi kelam kabut, jadi saya tidak boleh komen dan mengeluarkan kenyataan. Kita biarkan reda dulu, dan tunggu penjelasan beliau,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil pada 24 Mei lalu dalam persidangan Kongres PKR ke-9 dilaporkan secara lantang mengkritik pimpinan Pas terutama Abdul Hadi atas tindakannya mengeluarkan watikah bertanding calon Pas hingga menyebabkan pertindihan calon.

Sehubungan itu, beberapa Pemuda Pas, antaranya Bendahari Pemuda, Khairil Nizam Khirudin bertindak ke depan dengan mengkritik dan membidas tindakan Shamsul itu yang disifatkannya sebagai cuba berlagak hero.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.