Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERUBAH ? DASAR DENGAN NEGARA JIKA TAK SEIMBANG BAGAIMANA NAK BERUBAH ?

Hanya satu cara, BN perlu berubah
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
28 Mei 2013
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
 
SHAH ALAM - Titipan harapan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) supaya perikatan itu perlu melakukan pembaharuan supaya kekal relevan di mata rakyat bukan suatu omong kosong.

Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Ahmad Maslan menerusi laman mikro Twitter beliau menulis, apa yang disarankan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dilaksanakan oleh komponen itu.

"Ya BN akan berubah dengan pelbagai kaedah," ujar beliau.

Najib berkata, BN perlu melakukan perubahan daripada segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal diterima rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun BN berjaya membentuk kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jumlah kerusi yang dimenangi BN menyusut.

Najib dalam ucapannya mengakui bahawa landskap politik negara yang terus berubah pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihatkan formula yang diguna pakai BN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.

“Kita tidak boleh anggap apa yang telah diguna pakai selama ini dianggap sesuai pada masa akan datang, kita mesti bersikap terbuka, pragmatik dan bukannya dogmatik," ujar beliau.

Sehubungan itu beliau mengingatkan, walaupun BN sebuah parti yang unik- yang mampu mempertahankan kejayaannya sejak mentadbir negara, ia bukanlah jaminan keadaan akan kekal begitu.

“Kita kena berani berubah sebelum rakyat berubah, lakukan perubahan lebih pragmatik sebab sekali pun kita berkuasa sekian lama, budi yang kita tabur bukanlah hak kita untuk kita terus memimpin (untuk dipilih),” katanya.

Menyahut harapan Najib itu, Ahmad menulis lagi, antara cara yang boleh dilakukan ialah " perkukuh Umno dan parti komponen..Lebih rapat dengan rakyat" sebagai inisiatif yang mampu dilakukan perikatan itu untuk turun ke gelanggang  PRU14.

PRU13 menyaksikan BN menang dengan 133 kerusi Parlimen dan berjaya merampas Kedah.

Sementara Pakatan Rakyat (PR) menambah bilangan kerusi kepada 89 kawasan Parlimen di samping berjaya mengekalkan pentadbiran Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.