Lintas langsung'Perhimpunan Suara Rakyat 505' : Leman Raja Lawak, Abby Abadi jadi tarikan perhimpunan
15 Rejab 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-
Pihak
berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran
perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana
didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.
"Jangan
takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana
anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang
zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.
5.24pm: Orang
ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku.Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari
kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak
sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.
Pensyarah
berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya
berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling
besar.
Individu
yang mengusahakan projek tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau
akan menyerahkan nama berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi
menekan kerajaan agar mendengar tuntutan rakyat.
4.15pm: Jumlah
orang berpakaian hitam semakin meningkat kepada ratusan orang, tetapi
padang masih kosong. Sebaliknya, orang ramai berkumpul di sekitar gerai
makanan di luar padang.
Setakat
ini tidak kelihatan kehadiran kehadiran polis dan penganjur masih sibuk
menyediakan pentas, tetapi laluan kaki lima di padang itu dan
berhampiran stesen LRT Taman Jaya sudah dipenuhi gerai menjual makanan
dan barangan.
Beberapa
penyokong juga telah berbaris di sepanjang jalan untuk melaungkan
slogan politik, manakala pemandu yang lalu di situ turut membunyikan
hon.
Malaysiakini/-
|
Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh
negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar
'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5
petang ini.
Perhimpunan,
di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara
penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan
raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi
(kanan) dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu
tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.
Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang -
yang
terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat
perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan
pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh
sesak.
Bagi
perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti
maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini,
maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.
LAPORAN LANGSUNG
6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan
Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar
tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang
tidak merokok.
6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan seniwati Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.
Leman dalam ucapannya turut mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai
buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan
lirik diubah suai.
6.22pm: Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang.
6.10pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin
Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.
Menurut
Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan
menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada
sebelah malam.
5.45pm: Seorang wakil dari NGO menuntut bayaran Royalti
minyak kepada Kelantan dalam ucapannya menggesa agar SPR diletakkan di
bawah tanggungjawab parlimen dan bukannya di bawah jabatan perdana
menteri.
"Kami, anak muda Malaysia, mahu pilihan raya umum diadakan semula," katanya.
5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana
membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu
orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau
dipenjarakan.
5.30pm: Hanya
beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini.
Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.
5.27pm: Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.
“Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang
tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari
Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut
dengan laungan "Ya" oleh para peserta.
5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:
- menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
- menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
- menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500
orang dalam suasana yang semakin meriah.Salah seorang peserta, Yusri
Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas
Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam
pilihan raya.
Ditanya mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta
Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.
Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.
"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.
4.42pm: Salah
satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba
mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.
4.30pm: Kelihatan beberapa trak FRU yang melalui jalan dekat padang Dataran PJ.
Bagaimanapun, tidak ada anggota polis dilihat berhampiran padang.
Kira-kira 50 peserta protes berbaris Persiaran Barat, melaungkan "Reformasi", "Hidup Rakyat" dan beberapa slogan lain.
Mereka menggesa kereta yang melalui jalan utama untuk membunyikan hon tanpa sokongan.
Pemimpin
DAP, Hew Kuan Yau aka 'Superman' menjual baju-T yang memaparkan foto
wajahnya bersama logo Superman. Dari masa ke semasa, penceramah popular
itu diminta peminatnya untuk bergambar.
3.01pm: Kira-kira
100 orang kini berada di sekitar dataran tersebut, kebanyakannya
berpakaian hitam dan mencari perlindungan dari pancaran panas matahari
yang sekitar 33 darjah Celsius dengan yang terang.
Ada
yang memilih untuk membeli-belah di Amcorp Mall yang berhawa dingin di
seberang jalan, dengan berpakaian baju hitam perhimpunan Blackout 505.
Walaupun
notis mempromosi perhimpunan itu - yang diedarkan melalui media sosial -
termasuk amaran "Vuvuzelas diharamkan", tetapi ia masih dapat didengar.
Lalulintas
masih lancar di kawasan itu, tetapi jalan empat lorong di luar padang
semakin sesak apabila lebih banyak kereta diletak di tepi jalan, memaksa
trafik menggunakan hanya satu lorong di setiap arah
0 orang berkata:
Post a Comment