Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

27 July 2013

PAS DAN PR KOMITED BANTU RAKYAT WALAUPUN TIADA PERUNTUKAN




Bukit Katil:Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek menegaskan walaupun PAS dan Wakil Rakyatnya tidak mendapat peruntukan dari kerajaan negeri namun program kebajikan terus dilaksanakan sebagai bukti slogan negara berkebajikan yang dilaung-laungkan PAS.


'Kita telah masukkan dalam manifesto PRU 13 antaranya ingin meningkatkan bantuan kepada fakir miskin dan golongan tidak bernasih baik"

' Peruntukan dan bantuan yang diberikan kepada fakir miskin sekarang tidak cukup untuk meringankan beban mereka kerana ianya mengambil kira keadaan semasa 15 tahun dahulu' ujar Kamaruddin 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program sutera kasih tautan hati bantuan kepada anak yatim, fakir miskin dan ibun tunggal anjuran bersama Pusat Khidmat Adun Bukit Baru dan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka pagi ini di perkarangan Pejabat Adun Bukit Baru di Taman Bukit Katil di sini pagi ini.

Beliau juga menyeru anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal supaya berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan menambah ilmu dan sentiasa taat kepada perintah Allah.

'Jika kita taat kepada Allah, Inysa Allah kita akan dibantu oleh Allah dalam urusan kehidupan kita" tambah beliau,


Seramai 115 anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal diraikan pada majlis yang menjadi acara tradisi PAS pelbagai peringkat bagi meringankan beban mereka yang tidak bernasib baik.


Mereka adalah antara golongan yang sentiasa dibantu oleh PAS dan PR melalui wakil rakyat dan organ parti.

Sementara itu Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program yang penuh makna tersebut.

"Kami menyumbangkan sedikit sumbangan berupa beras, barang makanan dan wang bagi meringankan beban mereka khususnya menjelang hari raya".

"Program ini akan dijadikan acara tahunan sebagai salah satu cara kita membantu rakyat yang tidak bernasih baik" ujar Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim dalam ucapan alu-aluan beliau.

Manakala Ketua Dewan Muslimat Negeri Melaka, Hajah Kintan Man berkata penerima-penerima bantuan tersebut datang dari seluruh pelusuk negeri ini.

''PAS sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat khususnya mereka yang terdiri dari anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal".

'Program Sutera Kasih Tautan Hati' ini kita anjurkan setiap tahun sebagai tanda ingatan kita kepada golongan tersebut".

Turut hadir pada program tersebut ialah Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Ketua Dewan Pemuda Negeri, Yuhaizan Abdullah dan pimpinan PR dari seluruh peringkat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.