PUTER MUTER CAKAP DAPAT MENTERI ! Pak Karamu
Jangan salahkan polis kes tembak tinggi
PUTRAJAYA - Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian
pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa
sejak kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia
menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara
maju.
"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis
berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia
berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan
hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di
pejabatnya di sini hari ini, sebagai mengulas kejadian tembak yang
sering dilapor sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan individu
berprofil tinggi.
Semalam Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut
manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta
selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong
Ceylon, di ibu negara.
Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga
Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan
berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
Selain dua kes berprofil tinggi itu, satu lagi kes tembak dilaporkan
semalam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menyebabkan seorang cedera dan
pada Ahad malam pula seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh
lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum
di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh.
Sambil mengakui bahawa antara faktor peningkatan kadar jenayah berpunca
daripada pembebasan tahanan di Simpang Renggam, Ahmad Zahid berkata
kementerian menerusi pelbagai agensinya akan mempertingkat kawalan
keselamatan di sempadan negara yang menjadi lokasi untuk menyeludup
senjata.
Kementerian juga akan mempertimbangkan pembelian peralatan baru untuk
anggota polis dan menambah lebih banyak litar kamera tertutup (CCTV)
bagi membanteras kejadian jenayah pada masa depan, katanya.
Mengenai penyebaran fahaman Syiah di Malaysia, Ahmad Zahid berkata
kementerian akan bekerjasama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis
Hal Ehwal Agama Islam Negeri untuk mengekang fahaman itu. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment