29 July 2013
ISTERI GANAS : SEPAK SUAMI ....DUNIA TERBALIK
Seorang
isteri bukan saja sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi
juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah
kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.
Tindakan
terlampau wanita berusia 30-an itu berpunca apabila suami berusia 34
tahun itu menegur sikapnya yang gemar memburukkan-burukkan ibu lelaki
itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
Akibat
dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka,
belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis
Selayang.
Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.
Menceritakan
semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi
Jumaat itu, wanita itu bertengkar dengan suaminya apabila dia dimarahi
kerana menghina ibu lelaki terbabit.
“Wanita
terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu
menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.
“Tidak
cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu
masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.
Sebaik
tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit
yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang
hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.
Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.
“Mangsa
menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga
menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan
masalah terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.
“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
0 orang berkata:
Post a Comment