Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Seorang suspek ditahan bantu kes tembak di Jalan Mengkuang

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes peniaga yang parah ditembak di Jalan Mengkuang di sini dua hari lalu.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan di Sungai Petani, Kedah pada pukul 5 petang semalam dan dia yang tidak mempunyai pekerjaan kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Selepas kejadian itu, pasukan khas kita telah menjalankan siasatan dan memperoleh beberapa maklumat sebelum berjaya menahan lelaki berkenaan.

"Lelaki yang berasal dari Kulim, Kedah itu ditahan di Sungai Petani yang dipercayai cuba bersembunyi bagi mengelak dikesan pihak polis,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah kepada Bernama.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat sama.

"Kita percaya dengan penangkapan lelaki berkenaan, polis akan dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat,” katanya. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2abyi9rFq
Hakcipta terpelihara 31/07/2013 4:40pm

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.