Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mana nak gerun, asik menipu dan rasuah jew !

SIAPA DIANTARA KALIAN YANG GERUN MELIHAT ORANG MELAYU ? JAWAPANNYA : TAK SIAPUN YANG GERUN, SEBAB ORANG MELAYU BANYAK MEREMPAT DAN MEMINTA-MINTA, SIAPA YANG MENGAJAR ORANG MELAYU MACAM ITU? KETUANAN MELAYU LAA ! DIAJAR BAGAIMANA NAK RASUAH, MEMINTA-MINTA, TIPU BELIT, DENDAM, MAKI HAMUN, FITNAH, ADU DOMBA, MERAMPOK DAN SEBUT LA APAPUN,  SEMUA DIAJAR PADA ORANG MELAYU _ Pak Karamu

Thursday, August 1, 2013

Utusan Kata, Orang Melayu Tidak Lagi Digeruni ?

 Photo: Utusan kata ‘Orang Melayu tidak lagi digeruni’

Selepas menggemparkan negara dengan laporan muka depan  “Apa lagi Cina mahu?”, hari ini akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menyatakan orang Melayu, iaitu penduduk majoriti di negara ini tidak lagi digeruni oleh kaum lain.

Pengarang berita akhbar berbahasa Melayu itu, Zulkiflee Bakar dalam tulisannya bertajuk ‘Orang Melayu tidak lagi digeruni?’ berkata, sejak kebelakangan ini, semakin rancak pihak tertentu 'menyerang' atau sengaja mencari isu berkaitan dengan orang Melayu dan melakukan penghinaan terhadap agama Islam.

“Puak yang melakukan perbuatan itu seolah-olah sudah tidak ada rasa gerun atau hormat kepada orang Melayu,” tulis Zulkiflee hari ini.

“Kehebatan orang Melayu dan kekuatan politik mereka melalui Umno yang menjadi tonggak pemerintahan negara seolah-olah sudah tidak dihiraukan lagi,” katanya.

Menurut Zulkiflee, keadaan ini berlaku kerana orang Melayu berpecah belah sehingga menyebabkan perasaan gerun kepada kekuatan politik orang Melayu semakin luntur.

“Sesetengah pihak bukan Melayu tidak khuatir dengan sebarang tindakan mereka kerana di pihak mereka sudah ada orang Melayu yang akan membela dan mempertahankan apa yang mereka lakukan.

“Orang Melayu yang berbuat demikian kerana sudah kemaruk mahu berada di tampuk kekuasaan, oleh itu apa juga yang mereka lakukan ia berdasarkan kepada kepentingan politik kepartian dan bukannya kepentingan ummah, apatah lagi agama Islam,” katanya.

Katanya lagi, ini dapat dilihat apabila ada kes membabitkan  'kesalahan' yang dilakukan orang Melayu begitu hebat sekali tekanan, desakan dan asakan supaya tindakan diambil tetapi apabila ada kes membabitkan bukan Melayu ia kadang kala senyap begitu sahaja.

“Selain itu, puak tertentu semakin berani mengetengahkan tuntutan mereka tanpa mempedulikan perasaan orang Melayu, oleh itu tidakkah semua ini menunjukkan orang Melayu semakin lemah?

“Dalam situasi sekarang adalah wajar, orang Melayu memikirkan peringatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mereka memperkukuhkan jemaah kerana umat Islam dilihat lemah sehingga memberi ruang kepada badan politik yang lantang mencabar agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu,” katanya.

Zulkiflee turut mendakwa, oleh kerana orang-orang Melayu tidak lagi digeruni, mahzab Syiah turut berani disebarkan kepada orang Melayu yang majoritinya tediri daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Malah kerapuhan hubungan dalam kalangan orang Melayu yang berpegang kepada Sunnah Wal Jamaah turut diuji apabila wujudnya gerakan mahu menyebarkan ajaran Syiah di negara ini.

“Sekali lagi kita melihat bagaimana dalam isu, pemimpin Melayu berbeza pendapat,” katanya.

- themalaysianinsider.com

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com 
 
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=76322:selepas-%E2%80%98apa-lagi-cina-mahu%E2%80%99-utusan-kata-%E2%80%98orang-melayu-tidak-lagi-digeruni%E2%80%99&Itemid=2#ixzz2afBFrXFr
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.