Anwar kecam kekejaman ke atas penyokong Mursi
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk
sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas lebih 100 penyokong bekas Presiden
Mohamed Mursi dan semua jemaah Masjid Rabaah Al-Adawiyah, Kaherah
semalam.
Anwar juga menyifatkan kekejaman itu sebagai tanda hari gelap di Mesir sejak peristiwa "Arab Spring" pada 18 Disember 2010.
"Saya mengutuk pertumpahan darah ini yang dilakukan oleh tentera dan pasukan keselamatan.
"Tentera komander Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama pemimpin-pemimpin kerajaan haram di Mesir sekarang melakukan pertumpahan darah itu dan keadilan mesti dituntut bela," katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, lewat malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap tindakan polis Mesir yang menembak mati penyokong Mursi manakala beratus lagi cedera dalam tunjuk perasaan memasuki hari ke-15 di Masjid Rabaah al-Adawiyah di timur Kaherah, semalam.
Dalam kejadian itu, pemimpin Ikhwanul Muslimin, Murad Mohammed Ali mendakwa tembakan itu dilepaskan ke arah lebih 10,000 penyokong Mursi.
Anwar turut menyeru semua pihak dan negara Islam lain supaya mengutuk tindakan kejam itu dan mendesak ia dihentikan serta-merta.

0 orang berkata:
Post a Comment