2013/07/27
DENDAM KESUMAT SYIAH TERHADAP SUNNI...
(Dr. Solah dari Jordan menceritakan apa yang berlaku di Syria sekarang)
Malam 17 Ramadhan di Kota Bharu, Kelantan. Hujan renyai-renyai ketika
jamaah bersiap-siap mahu iftar di lapangan terbuka. Mereka terpaksa
ke dalam khemah Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Seusai berbuka dan solat Maghrib berjamaah berimankan Syeikh Hisham dari Mesir, sementara menunggu Insya’ diisikan dengan program khusus, menampilkan seorang penceramah dari Jordan menyampaikan informasi terkini terkait dengan petaka musibah yang menimpa umat Islam di Syria.
Bercakap dalam bahasa Arab yang berapi-api, diterjemahkan seorang ustaz petugas Qaryah. Dr Solah memberitahu, di negara Syria sekarang sedang berlaku suatu “penghapusan etnik” yang terbesar di abad ini. Rejim Bashar Al-Asad menggunakan seluruh kekuatan militer, persenjataan yang canggih membunuh rakyatnya sendiri. Dunia tutup mata.
(Antara orang ramai yang memenuhi dataran terbuka di perkarangan stadium)
Sebuah kampung dimusnahkan. Seluruh warga, seawall usia kanak-kanak, ibu-ibu, dan orang tua dibunuh, rumah-rumah dibakar, kesalahannya kerana salah seorang penduduk desa itu bernama “Khalid Ibnu Walid”. Sebuah nama sangat dibenci oleh pemerintah Syria dikepalai Bashar.
Disebut lagi oleh Dr Solah, mereka membunuh umat Islam Ahlusunnah Wajamaah atas nama Syadina Ali Ibnu Abi Talib dan Syadina Hussain. Sedang sahabat dan menantu Rasulullah saw, juga cucu Rasulullah saw itu bukan kelompok seperti mereka gambarkan. Sekali-kali tidak!.
Anehnya, saat Dr Solah menyampaikan informasi, tiba-tiba terdengar suatu suara berteriak keras. Suara seorang muslimat berkerudung hitam yang berada di ruang solat muslimat menjerit. Namun jeritannya kurang jelas kerana kami jamaah muslimin agak jauh, tapi masih tampak jelas. Muslimat itu sepertinya ada sesuatu yang bertentangan dengan opininya tentang informasi yang dilontarkan sang penceramah. Petugas kemudiannya mendekati dan menenangkan muslimat mistri itu.
Sebelum itu, pertama-tama Dr Solah melahirkan rasa terharu, sekaligus gembira kerana penduduk negeri Kelantan mendapat seorang pemimpin (Menteri Besar) yang mempraktikkan pentadbiran di negeri ini berdasarkan Islam, sedang mereka, walaupun al-Quran itu bahasa mereka dan bahasa Nabi Muhammad.
"Tetapi, janji Allah adalah benar, Islam akan tertegak kembali di tanah air kami, sepertimana ia pernah tertegak dulu, termasuk di Syria," katanya.
Apa yang berlaku di Syria sekarang telah membuka mata sebahagian besar umat Islam seluruh dunia akan dendam kesumat terhadap Ahlusunnah wajamaah, di mana selama ini Ahlisunnah wajamaah sangat bertoleransi terhadap mereka. Akhirnya tembelang mereka pecah.
Turut hadir malam itu ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Datuk Haji Abdul Fattah Mahmammod.

0 orang berkata:
Post a Comment