31 July 2013
ULAMA' AZHAR TERUS BANTAH KUDETA
Selepas dinding-dinding universiti kita telah diselaputi dengan
darah-darah para pembebas negara selepas dilepaskan tembakan ke atas
mereka oleh penembak tepat
dari Kementerian Dalam Negeri yang telah menghalakan peluru hidup ke
muka dan dada para penunjuk perasaan Rabiatul Adawiyah dan jatuh
berguguranlah para syuhada' yang tidak berdosa dalam pembunuhan
kemanusiaan dalam bilangan yang tidak terjangkau dek akal.
Telah menjadi wajib ke atas kita untuk memenangkan saudara-saudara kita
dan mempertahankan pelajar-pelajar dan universiti kita yang telah
didakwa dengan pelbagai tohmahan, universiti kita yang memegang simbolik
agama di mata dunia.
Dengan ini kami telah mengisytiharkan bahawa kami adalah Gerakan
Azhariyun menentang rampasan kuasa dengan sepenuh kesetiaan kami :
1. Perarakan aman yang akan bertolak dari Madinat Jam'iyyah lil Banat
(asrama pelajar perempuan) dan dari Tajammu' bermula pukul satu setengah
tengah hari menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah.
2. Perhimpunan aman ini akan bermula pada Zohor hari Rabu (31 Julai)
dalam kawasan universiti di Universiti Al Azhar. Perhimpunan ini akan
berlansung sehingga si pengkhianat Menteri Pertahanan dan para penembak
tepatnya dibicarakan (kami tidak akan bertolak ansur dengan hukuman
qisas)
3. Andai kata perbicaraan tetap tidak dilakukan sebagaimana permintaan
kami, maka kami (Azhariyun) akan cetuskan pemberontakan besar-besaran
menentang Syeikhul Azhar. Kami juga akan melangsungkan himpunan
tandatangan untuk memecat dan menggugurkan mereka dari jawatan ini.
4. Kami ingin nyatakan bahawa gerakan kami ini bertambah ribuan dari
hari ke hari, malah dari jam ke jam, maka berjaga-jagalah dari kemarahan
Azhariyyun.
Allahlah tempat kami meminta pertolongan, Azhariyyun bersama bantahan rampasan kuasa.
Sumber : نبض رابعة
0 orang berkata:
Post a Comment