Tuesday, July 30
GEMPAQ: Anwar dah nampak sesuatu yang tak kena? [Tengok la APA DIA...]
Tingkat kawalan di hospital rawat Pengerusi MyWatch, kata Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis mempertingkat kawalan keselamatan terhadap hospital yang menempatkan Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan yang parah ditembak Sabtu lalu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis mempertingkat kawalan keselamatan terhadap hospital yang menempatkan Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan yang parah ditembak Sabtu lalu.
Ketua Umum PKR itu tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu ada kaitan langsung dengan hasrat untuk mendedahkan penglibatan pegawai polis dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram.
“PKR juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat dan bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media, hari ini.
Sementara itu, laporan Malaysiakini menyatakan si mangsa kini dalam keadaan yang semakin serius berikutan diserang demam...
MyWatch: Keadaan Sanjeevan makin serius
Penasihat MyWatch S Gobi Krishnan berkata keadaan Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan, yang ditembak Sabtu lalu, kini dikatakan semakin teruk.
Gobi Krishnan berkata pemindahan Sanjeevan ke Hospital Serdang sedang diatur supaya peluru yang tersangkut di tulang rusuknya dapat dikeluarkan melalui pembedahan.
"Keadaan beliau semakin teruk dan kami sedang atur perpindahannya ke Hospital Serdang. Beliau demam dan ia semakin teruk," kata Gobi sewaktu dihubungi.
Beliau bercakap dari Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban, tempat Sanjeevan diwadkan sejak dua hari lalu.
"Beliau ditahan di sini selama dua hari kerana mereka kata Hospital Serdang belum beri kebenaran untuk beliau dipindahkan," katanya.
~ Malaysiakini
0 orang berkata:
Post a Comment