Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ops Selamat 3: Had laju jalan persekutuan, jalan negeri dikurangkan 10km/j

  31/07/2013 9:48pm

KUALA LUMPUR - Pengurangan had laju 10 kilometer sejam (km/j) di jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara akan dilaksanakan sepanjang Ops Selamat 3 yang bermula esok hingga 18 Ogos ini sempena Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sepanjang tempoh itu, kelajuan di jalan persekutuan akan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j manakala had laju di jalan negeri ialah 70km/j berbanding 80km/j sebelum ini.

"Pengurangan had laju ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna semasa pulang ke kampung dan kami berharap pengguna dapat mematuhi had laju yang ditetapkan itu,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama mahasiswa Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Selain itu Fadillah juga memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan kerja-kerja membaiki jalan raya termasuk yang dilakukan syarikat konsesi lebuh raya turut dihentikan sepanjang Ops Selamat 3 bagi memastikan keselesaan pengguna dan kelancaran trafik. - BernamaArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz2adprayS1

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.