Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Widget by Blogger Tricks

31/07/13

Akur keputusan yang dibuat tetapi $ 80K kena bayar..

IPOH - BN mengekalkan kemenangan di Dun Lubuk Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan PRU13.Hakim, Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Abdul Karim Abdul Rashid cacat kerana tidak mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
Dalam penghakimannya, beliau berkata petisyen berkenaan tidak difail oleh pempetisyen atau peguam yang dilantik pempetisyen dan ini bercanggah dengan kedua-dua perintah perintah tersebut yang hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya.
Beliau berkata demikian selepas membenarkan bantahan awal Pegawai Pilihan Raya (RO), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwakili Nor Azmi Nawawi, Anas Mahadzir dan Norinna Bahadun serta Adun kawasan itu, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.
Berikutan itu, beliau memerintahkan Abdul Karim membayar RM60,000 kepada Siti Salmah, RM10,000 kepada SPR dan RM10,000 kepada RO.
Petisyen tersebut difailkan pada 12 Jun lalu dan antara sebabnya adalah pempetisyen mendakwa terdapat penyogokan dalam keputusan PRU13 bagi Dun tersebut.
Pada PRU13 yang lalu, Siti Salmah menewaskan calon Pas Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi. Siti Salmah diwakili empat peguam yang diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Abu Bakar As-Sidek.
Sementara itu, Mohd Zainuddin ketika ditemui di perkarangan mahkamah hari ini akur dan menghormati keputusan yang dibuat hakim berhubung perkara tersebut.
Menurutnya, mengenai sama ada pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut, beliau menyerahkannya kepada kepimpinan tertinggi Pas untuk membuat keputusan.
"Walaupun separuh daripada perjuangan saya berakhir namun masih ada harapan dalam satu lagi bantahan yang turut dikemukakan pengundi pada 13 Ogos ini.
"PR akan terus bertanggungjawab dalam melakukan pembetulan mahupun perubahan untuk mematangkan sistem demokrasi di negara ini," katanya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.