Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA YANG TAK KENA NGAN NEGARA MLYSIA NIH !

31 Julai, 2013

Muhyiddin Idam Jawatan PM, Tapi Beliau Tidak Layak.. Ini Buktinya

Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) yang memang mengidam untuk menjadi Perdana Menteri berjaya mendapat jawatan itu, beliau mungkin akan mewujudkan keadaan negara yang penuh curiga, kemarahan dan konfrontasi antara masyarakat Islam dengan bukan Islam.

Malam tadi, di majlis buka puasa, beliau memarakkan api kemarahan apabila memberi amaran kepada masyarakat bukan Islam yang menghina Islam dan menyebabkan ketegangan ketika mengulas mengenai penyebaran klip video yang menunjukkan seorang lelaki seperti mengambil wuduk bersama anjing berlatar belakangkan lagu Hari Raya.

Tidak ada justifikasi terhadap kekotoran itu. Jika pihak berkuasa boleh menemui siapa yang menerbitkan klip video itu, mereka patut mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada untuk memberi pengajaran dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang agama ini, jenayah paling serius membabitkan hasutan keagamaan dan persengketaan perkauman.

Tetapi, pada masa sama, perlu ada keadilan dan kejujuran terhadap tindakan yang diambil apabila pemimpin negara yang menyentuh mengenai topik sensitif berkaitan bangsa dan agama. Di sini terletaknya kegagalan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno itu apabila beliau gagal bertindak sewajarnya.

Adakah pihak berkuasa sudah mengesahkan bahawa orang bukan Islam yang menerbitkan video itu? Atau adakah ia diterbitkan oleh pihak yang ingin melaga-lagakan bangsa demi memperolehi keuntungan politik mereka?

Jika video itu diterbitkan oleh orang bukan Islam sekali pun, bukankah tindakan timbalan perdana menteri itu berunsur provokatif dan tidak bertanggungjawab apabila secara umumnya memberi amaran kepada semua masyarakat bukan Islam di Malaysia mengenai mempersendakan Islam?

Beliau juga tidak jujur. Beliau berkata bahawa umat Islam di Malaysia tidak pernah menghina Kristian dan penganut agama lain. Dengan jelas, beliau memilih untuk menutup perbuatan Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Nordin dan beberapa lagi yang lain daripada ingatannya.

Ibrahim Ali mengugut membakar kita suci Kristian dan Zulkifli mempersendakan agama Hindu. Sehingga kini tidak ada dakwaan dikenakan terhadap mereka. Malah, setiap hari kerajaan membenarkan mereka dan penyokong mereka menikmati kebebasan, dan semua kenyataan menyakitkan hati penganut Kristian dan Hindu itu dibiarkan dan seolah-olah dibenarkan.

Jadi tolonglah, Muhyiddin, usah mula meletakkan kesalahan mencipta ketegangan dalam negara tanpa bersikap jujur. Apa yang rakyat harap daripada kerajaan ialah kesamarataan dan keadilan.

Tetapi, apa sebenarnya yang kami idamkan ialah pemimpin yang akan bangkit daripada politik partisan dan terus mengekalkan keamanan rakyat Malaysia. ~themalaysianinsider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.