PPj, AmBank bincang batal sambutan Ambang 2015
SHAH ALAM - Penganjur bersama sambutan Ambang 2015 Putrajaya,
Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang cuba berbincang dengan penganjur
program tersebut, Kumpulan AmBank dalam rangka untuk membatalkan
sambutan berkenaan.
Menerusi akaun Facebook Perbadanan Putrajaya, pihaknya prihatin terhadap musibah yang menimpa negara ini.
“Perbadanan Putrajaya prihatin terhadap semua pandangan dan musibah yang menimpa Malaysia.
“...akan tetapi program Sambutan Ambang 2015 Putrajaya ini adalah program Kumpulan AmBank dan pihak PPj sedang dalam usaha untuk berbincang dgn pihak penganjur bagi membatalkan sambutan Ambang 2015 ini,” kata kenyataan ringkas itu, hari ini.
Acara sambutan mengira detik tahun baharu yang bertempat di Dataran Putrajaya itu dijadualkan bermula dari 8.30 malam pada 31 Disember sehingga 1 pagi 2015.
Ekoran bencana alam yang sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, orang ramai mendesak agar sambutan ambang tahun baru dibatalkan.
Hari ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan sebarang acara konsert atau yang berunsur hiburan yang dirancang kerajaan negeri itu atau mana-mana agensi sempena sambutan tahun baru ini, dibatalkan serta-merta.

0 orang berkata:
Post a Comment