Air mula masuki laluan Pengkalan Chepa
- Keadaan paras air di Jalan Tok Guru berhadapan Pasar Raya Bilion Mart Tanjung Chat sekitar jam 11.30 pagi ini.
KOTA BHARU - Paras air Sungai Kelantan yang semakin meningkat sejak
semalam kini telah melimpahi bandar Kota Bharu dan sedang memasuki
laluan ke Pengkalan Chepa.
Tinjauan Sinar Harian di Jalan Tok Guru sekitar jam 10 pagi tadi
mendapati air sudah dapat di laluan berkenaan, dan difahamkan laluan
menghubungkan bandar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa itu ditutup sejak
9.30 pagi tadi.
Orang ramai, Zalman Ibrahim, 38, berkata,dia dalam perjalanan ke Jalan
Sri Cemerlang terpaksa berpatah balik berikutan penutupan laluan
tersebut.
"Paras air d laluan hadapan Pasaraya Billion Mart juga semakin naik,
mungkin akan terus naik selepas ini, jadi saya memilih untuk berpatah
balik bimbang sekiranya air terus naik dan saya terkandas di situ,"
katanya kepada Sinar Harian di sini.
Sementara itu, Penyelia Jabatan Pasaraya Bilion Mart, Mohd Kori Mohd
Daud berkata, air mula melimpahi perkarangan pasar raya itu kira-kira
jam 11 pagi.
Menurutnya, ketika tiba di premis berkenaan sekitar 10 pagi, air belum
sampai ke pasar raya berkenaan, namun difahamkan memenuhi kedai makan
bertentangan sejak jam 5 pagi.
"Air naik begitu cepat, kami sepatutnya menutup operasi hari ini
berikutan kenaikan paras air,namun disebabkan permintaan dari para
pelanggan, aktiviti perniagaan dilakukan namun untuk separuh hari
sahaja," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment