DAP tak hadir mesyuarat jika hudud tetap teruskan
SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak akan hadir pada
mesyuarat Majlis Pimpinan PR jika Pas tetap mahu meneruskan pelaksanaan
undang-undang hudud pada Sidang Khas Dun Kelantan 29 Disember depan.
Katanya, Pas tidak pernah membawa perkara tersebut kepada Majlis
Pimpinan PR dan jika Sidang Khas Dun Kelantan meneruskan untuk
melaksanakan hudud yang mana Jawatankuasa Pas Pusat pun tidak tahu
menahu, tiada sebab untuknya hadir ke mesyuarat tersebut.
"Saya menyerahkan kepada pihak parti untuk memutuskan tindakan
selanjutnya. Saya menyokong penuh apa yang disebut Menteri Besar
Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, bahawa hudud
bukan sebahagian daripada dasar bersama PR, justeru Pas mesti membawa
isu tersebut kepada Majlis Pimpinan PR untuk dibincangkan," katanya
dalam satu kenyataan, semalam.
Kit Siang berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011
di ibu pejabat Pas yang dihadiri lebih 30 pimpinan tertinggi DAP, PKR
dan Pas; dan turut dihadiri oleh Pengerusi Kebangsaan DAP pada waktu
itu, Karpal Singh, dan ahli-ahli Exco Kelantan perlu dipatuhi.
Katanya, konsensus pada waktu itu ialah hudud bukan sebahagian
daripada dasar bersama PR dan semua parti bersetuju dengan konsensus
itu.
"Seperti yang dikatakan Mohamed Azmin, jika ada pendapat baharu atau
cadangan, ia mesti dibawa semula kepada konsensus asas yang dipersetujui
oleh PR, maksudnya ia mesti kembali kepada Majlis Pimpinan.
"Saya tidak optimis bahawa Sidang Khas Dun Kelantan pada 29 Disember
akan menjamin bahawa Pas akan kembali mentadbir Kelantan dalam pilihan
raya umum akan datang," katanya.
Kit Siang berkata, kesan daripada keingkaran Pas ini hanya akan diketahui pada pilihan raya umum akan datang.
"Pimpinan DAP telah bersetuju untuk tidak menyokong isu hudud kerana
kami percaya bahawa DAP dan Pas berkongsi cita-cita untuk mendukung
keadilan, kebebasan, demokrasi, urus tadbir yang baik, kalis rasuah dan
kesederhanaan di Malaysia.
"Kami percaya, kita mesti menjadi ahli politik yang jujur, tidak
menggunakan cara salah dan licik untuk mengelirukan dan menipu pengundi
untuk calon-calon PR di bawah andaian yang penuh kepura-puraan,"
katanya.
Jelasnya, sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember untuk melaksanakan hudud adalah titik penentu bagi kedua-dua BN dan PR.
2 orang berkata:
Allah swt nak uji manusia ni siapa sebenar pengkhianat agamanya...kita boleh lihat nanti....panduannya melalui hudud....siapa yg sokong itulah kawan...siapa yg menentang itulah musuh....kafir yg sokong digelar zimmi...kafir yg tentang digelar harbi( yg boleh diperangi).
Oi kit siang..lu igt lu sapa? Lu tuhan ka??...lu mampus jadi itu kayu api lu tau ka???..apa lu igt lu tuhan ka bleh itu masa depan'?'
Post a Comment