Sultan Perak titah adakan solat hajat esok
- Sultan Perak menaiki bot untuk lawatan ke pusat pemindahan mangsa banjir, hari ini. - Foto Ihsan Twitter Bomba
IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua
masjid di negeri ini mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, esok
memohon doa untuk meringankan ujian agar kehidupan rakyat dipulihkan
seperti sedia kala.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Sultan Perak, memaklumkan, titah berkenaan diutarakan sempena keberangkatan baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke sesi taklimat situasi banjir di Perak serta lawatan baginda ke pusat pemindahan mangsa banjir, hari ini.
Dalam sesi taklimat itu, Sultan Nazrin turut menitahkan sebarang acara konsert atau yang berunsur hiburan yang dirancang kerajaan negeri atau mana-mana agensi sempena sambutan tahun baru ini, dibatalkan serta-merta.
Baginda juga berkenan mengurniakan dua pasang pakaian dan kasut sekolah melalui Yayasan Sultan Azlan Shah kepada setiap pelajar dari kalangan mangsa banjir.

0 orang berkata:
Post a Comment