Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tak Perlu Umum Darurat Di Kelantan Kata Menteri, Suami Isteri Hilang Selepas Bot Penyelamat Terbalik Dek Arus Deras.


Keadaan masih terkawal. Semua pihak berkuasa dan pasukan penyelamat sudah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi menyelamat dan menghulurkan bantuan. Kerajaan berusaha keras menyelamatkan mangsa banjir. Maka, sebab itulah tiada keperluan mengisytiharkan darurat di Kelantan meskipun jajahan Kuala Krai dilaporkan semakin kritikal angkara banjir.

Itulah antara ulasan oleh Mustafa Mohamad, menteri di MITI yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Oke. Aku tak pasti sangat apa implikasi dan significantnya pengisytiharan darurat itu pada situasi banjir yang semakin teruk di Kelantan. Pada awalnya. Aku agak terikut2 rentak bahawa pengisytiharan darurat itu penting ketika kes banjir teruk di Kuantan pada tahun lepas.

Tapi yang sebenarnya. Aku taktau satu haram pun apa penting dan perlunya kepada pengisytiharan tersebut. Maksudnya, aku sedang menuntut sesuatu perkara yang aku pun tak faham kenapa. Pada aku yang tatau apa2 langsung bab berkenaan pengisytiharan pada kawasan2 yang terjejas banjir, aku rasa apa yang penting ialah bantuan perlu sampai segera kepada mangsa2 banjir. Samada menyelamat ataupun bantuan seperti makanan dan keperluan mangsa banjir di pusat2 penempatan banjir.

Maklumat juga perlu sentiasa dikemaskini melalui media massa supaya kita tak tertanya2. Kalau tidak, kita akan tertanya2. Bagaimana nasib dengan mangsa2 banjir yang teruk terjejas di Kelantan. Selamatkah mereka kesemuanya? Adakah yang masih tertinggal lagi seperti kes ibu mengandung yang terpaksa redah arus banjir bersama anak kecil sebelum diselamatkan oleh orang awam yang lalu menggunakan sampan?

So. Pada aku perkara2 seperti ini lebih penting daripada nak bergaduh berkenaan pengisytiharan banjir. Tapi mungkin juga pihak2 yang menuntut bahawa pengumuman darurat perlu dibuat akibat keadaan banjir buruk di Kelantan itu tahu apa yang mereka tuntut. Cuma dari pihak aku, aku memang tatau. Apa penting dan perlunya perkara itu dalam menghadapi musibah banjir.

Pasal apa. Kalau nak difikir2kan. Memang situasi banjir di Kelantan berhadapan dengan situasi getir yang kita boleh anggap sebagai darurat.

Kes pertama yang kecoh dan viral di wassap ialah 500 mangsa banjir yang terperangkap di pusat penempatan banjir. Lokasi, Manek Urai. Terperangkap satu hal. Pasukan penyelamat yang berada di lokasi kejadian pula buntu. Kenapa mereka buntu? Kerana tidak tahu mahu mengalihkan mangsa2 banjir ini ke mana. Sudah tiada lagi tempat tinggi yang selamat untuk memindahkan kesemua 500 mangsa banjir yang terperangkap di tingkat empat sebuah sekolah.

Dan semalam di berita Awani, kenyataan oleh TNB Kelantan, disebabkan paras air yang semakin naik, bekalan elektrik di beberapa buah lokasi terpaksa diputuskan. Bayangkan. Jika pusat penempatan banjir yang sempit, di tingkat 4, tiada bekalan elektrik, panas lagi, takut lagi, tak ke rasa darurat macam tue? Situasi macam neh TIDAK TERKAWAL langsung walaupun menteri kata keadaan masih terkawal. Bila dengar suara salah seorang mangsa yang terperangkap di tingkat empat sebuah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir, jelas suaranya mengambarkan rasa takut disebabkan paras air yang semakin tinggi di kawasan tersebut.

Lihat gambar ;


Jika kau berada dalam bangunan sekolah tersebut, bersama2 mangsa banjir yang terperangkap atau menjadi anggota pasukan penyelamat yang buntu tatau nak menghantar mangsa banjir ke mana, berani kau kata keadaan masih terkawal?

Rujuk sini.

Dan ini apa yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Baca ;

Aku bukan nak salahkan pasukan penyelamat. Cuma kat sini apa yang aku nampak ialah anggota pasukan penyelamat yang dikerah untuk membantu mungkin tidak cukup. Itu tak masuk lagi dengan kekurangan fasiliti seperti sampan dan bot. Lagipun. Tidak semua laluan darat selamat digunakan walaupun menggunakan sampan dan bot disebabkan faktor cuaca. Bahkan laluan udara pun menyukarkan kerja2 menyelamat. 

Baca kemaskini berita pada jam 3 pagi tadi pula.

Dan ini ;
 
Pada aku. Sebagai menteri, daripada bercakap situasi masih terkawal lagi, lebih baik dia cakap kami akan cuba mengawal situasi. Sebab situasi yang dianggap masih terkawal itu sebenarnya tidak terkawal langsung. Kita ada 500 mangsa banjir yang terperangkap dengan pasukan penyelamat yang buntu, kita ada 40 orang di atas bukit dan tatau nak sampai kepada mereka macam mana disebabkan laluan air yang deras dan faktor cuaca yang buruk, dan kita tatau jika ada mana2 mangsa banjir yang terperangkap sehingga kini tanpa sebarang bantuan bersama2 berita terkini bahawa paras air Sungai Kelantan semakin naik yang mungkin menyebabkan KB tenggelam lagi. Bekalan elektrik terpaksa diputuskan di beberapa lokasi dan bantuan bot yang tak kunjung tiba mungkin disebabkan faktor bilangan ahli pasukan penyelamat dan kekurangan fasilitas.

So, aku rasa ini antara punca2 kepada desakan pengisytiharan darurat perlu dibuat walaupun aku tak faham apa kepentingannya. 

Satu lagi kes yang juga viral di laman sosial ialah sepasang suami isteri yang hanyut apabila bot penyelamat terbalik. Bot tersebut membawa 5 mangsa banjir bersama 3 anggota pasukan penyelamat. Kesemua mangsa banjir diberikan dan dipakaikan jaket keselamatan ketika berada di atas bot. Ketika menuju ke pusat penempatan banjir, bot tersebut terperangkap dengan pusaran air dan akhirnya terbalik menyebabkan kesemua penumpang2 dalam bot tersebut, jatuh. Kelajuan air yang sangat deras, menyebabkan 2 dari 5 mangsa banjir hanyut. Dan kedua2 yang hilang itu ialah sepasang suami isteri yang gambar mereka kini viral di laman sosial.

Lihat ;

Namun kes di atas berlaku di Kuala Kemaman, Terengganu. Juga salah satu negeri yang terkesan dengan banjir. 
Setakat kemaskini terbaru, kedua2 mereka masih lagi hilang tanpa dikesan. Tak pasti samada hidup ataupun meninggal dunia. Mudah2an selamat ditemui. Mari kita sama2 doakan. 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.