Azmin akui PR gagal tunai manifesto
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini mengakui
bahawa kerajaan negeri belum menunaikan manifesto PRU lepas berhubung
tawaran Biasiswa Menteri Besar.
Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan negeri untuk dibincang dan diperhalusi tatacara pelaksanaannya.
"Tiada mekanisme dirangka bagi program biasiswa ini sehingga sekarang.
"Perkara ini sepatutnya perlu dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.
"Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun ia sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tidak ada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya," katanya ketika menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) pada persidangan Dun Selangor di sini.
Bee Yin bertanya mengenai status Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat Selangor yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU lepas.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13 dilaporkan berkata, biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment