PAS akan terus perkasa Majlis Presiden Pakatan Rakyat
- Published on Saturday, 29 November 2014 13:27
- Written by Muhammad Faizal
KUALA KANGSAR: PAS akan terus memperkasakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi meningkatkan persefahaman dan kebersamaan dalam parti.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam Pakatan Rakyat.
"Perbezaan pendapat itu perkara biasa,
semua pihak mempunyai pendapatnya sendiri tetapi itu bukan masalah
utama, malah menguatkan kita.
"PAS akan terus memperkasakan majlis
presiden bagi menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat dan mantap serta
diterima masyarakat umum," ucap beliau ketika merasmikan Sambutan Ulang
Tahun PAS ke-63 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.
Kata beliau lagi, PAS perlu bersedia dengan pelbagai isu yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN) terutama perkauman.
"Isu perkauman merupakan senjata utama Umno bagi menakutan orang Melayu dan kaum lain.
"Mereka (BN) akan menggunakan apa sahaja
peluang yang ada untuk menyebarkan isu perkauman ini dan kita dari PAS
perlu peka agar tidak terperangkap dalam permainan mereka," kata beliau.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu
menegaskan PAS akan terus menentang kempen perkauman yang ditimbulkan BN
dan membawa sebuah politik baru untuk semua lapisan kaum.
Beliau berharap himpunan sambutan 63
tahun PAS itu akan dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghadapi pilihan
raya umum akan datang. - HARAKAHDAILY 29/11/2014
0 orang berkata:
Post a Comment