Dialog batal: Bersatu turut mohon maaf
SHAH ALAM - Bersatu hari ini turut memohon maaf terhadap pembatalan
debat antara Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz yang sepatutnya berlangsung pada 7
April depan.
Dialog tersebut sepatutnya diadakan di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media
Karangkraf, Seksyen 15, di sini, selepas rancangan debat sebelumnya,
iaitu di Padang Rengas turut dibatalkan oleh pihak berkuasa.
"Dialog antara Mahathir dan Nazri telah diluluskan permit oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pihak kami telah bersedia.
"Namun, semalam penganjur, Sinar Harian menerima surat menyatakan
permit telah ditarik balik. Maka, dialog ini telah dibatalkan. Kami
turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama di dalam forum ini," kata
Bersatu dalam kenyataan, hari ini.
Dialog antara Mahathir dan Nazri yang dijadualkan 7 April ini
dibatalkan susulan pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis semalam.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob
berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat petang
semalam.
Menurutnya, surat itu memaklumkan pembatalan permit yang dikeluarkan kepada Sinar Harian sebagai penganjur sebelum ini.
Dialog antara dua seteru politik itu sepatutnya diadakan di Padang
Rengas, Perak, pada 25 Mac lalu. Padang Rengas adalah kawasan diwakili
Nazri sejak pilihan raya kesembilan pada 1995.
Bagaimanapun, acara yang dikatakan bakal berlangsung di Maktab Rendah
Sains Mara Kuala Kangsar itu tidak menjadi kenyataan apabila polis
enggan membenarkannya.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, permohonan
tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman
awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.
4 orang berkata:
Lebai2 pondan PAS tak berani berdialog dgn dr maza dan rozaime psl ruu355.
Buang masa..
KARUT KARUT KARUT POLIS KARUT. Tak debat menganggu kawasan sekililing. Bohong semua ini. Cuma alasan nak selamatkan najib agar rahsia buruknya tak pecah. Rakyat masih menuntut debat ini patut diteruskan. Kalau boleh najib sendiri ganti nazri. Baru ada hot!!!! PM LAWAN BEKAS PM. Baru boleh cari kebenarannya.
Tak buat salah pun mintak maaf. Baguslah.
Yg maki hamun binatangkan orang, kafirkan orang, haram nak mintak maaf.
Post a Comment