Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMCAM BERSATU ? MAHADHIR AMCAM ? BARSATU KITA BARSATUUUUUU ?

April 27, 2017

0 Apabila Anwar Ibrahim Keluarkan Kenyataan Media Mengenai Kerugian Forex, Minions Pembangkang Krik ... Krik ... Krik ...


Sengaja CTS tidak membuat posting mengenai Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim mengenai penglibatan beliau di dalam kerjasama dengan Pasukan Khas Forex. Kita biarkan dulu selama 24 jam, bagi tempoh bertenang kepada minions bunga untuk memikirkan apa alasan yang perlu mereka rekacipta untuk menjernihkan keadaan.

Nampak gayanya, tiada lagi mana-mana pemimpin Parti Bunga seperti Tuan Presiden, Tuan Boboi, Ainina, Tuan Pemidato terhebat seluruh galaksi atau blogger terkenal Parti Bunga seperti Syed Outside Inside The Box atau Datuk A Kadir Jasin, membuat sebarang ulasan atau kenyataan berhubung Kenyataan Media Anwar Ibrahim ini, setakat ini.

Isu penting yang harus dijernihkan berdsarkan Kenyataan Media Anwar Ibrahim adalah penglibatan TS Nor Mohamed Yaakob sebagai orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam kerugian Forex ini. Persoalan yang lebih penting, kepada siapakah TS Nor Mohamed Yaakob melaporkan segala aktiviti berkaitan? Adakah beliau bertindak secara berseorangan?

Berikut adalah Kenyataan Media penuh Anwar Ibrahim. Beliau sedikit terlewat mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi kita faham dengan situasi beliau yang berada di Penjara Sungai Buloh.
KENYATAAN MEDIA
Berkenaan Kerjasama Saya Dengan Pasukan Petugas Khas Forex
Saya memilih untuk bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Forex selaku mantan Menteri Kewangan 1991-1998. Saya berpuas hati dengan ruang yang diberikan oleh Pengerusi Tan Sri Sidek dan jawatankuasa.
Dalam kesempatan singkat pada 20hb April lalu, saya telah jelaskan antara lain bahawa: 
1. Sebaik menyandang jawatan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin) ada menyentuh urusan dagangan matawang oleh Bank Negara Malaysia. Menurutnya, sejak 1989, Perbendaharaan Amerika (Fed); Bank Pusat England dan IMF telah memaklumkan bahawa penglibatan BNM dalam urusan tersebut dianggap membimbangkan.
Berikutnya, dalam taklimat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Jaafar Hussein, beliau menafikan keterlibatan BNM sambil menekankan bahawa penglibatan BNM adalah sah sekadar mempertahankan kedudukan ringgit dalam pasaran.
2. Masalah mula dikesan laporan yang membimbangkan dari media antarabangsa dan pasaran Zurich, sekitar akhir 1991 dan awal 1992, dan perkara tersebut dikemukakan semula kepada Gabenor BNM. Tan Sri Jaafar memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa Pengarah Urusan tersebut di BNM adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Namun, manakala deraf awal audit BNM 1991 dibentangkan, Perbendaharaan melahirkan kebimbangan. Gabenor BNM akui jumlah terlibat adalah lebih besar dari yang dijangka. Memandangkan saya dan Kementerian Kewangan tidak dimaklumkan mengenai hal tersebut, Gabenor sendiri yang menjelaskan kepada media dengan menyebut "kerugian atas kertas".
Berikutnya saya terpaksa menangani permasalahan tersebut di Parlimen, terutama persoalan-persoalan yang dibangkit Ketua Pembangkang ketika itu, YB Lim Kit Siang. Kerajaan memberikan penjelasan BNM sambil menjelaskan keutuhan ekonomi. Namun, saya menegaskan arahan agar BNM menghentikan dagangan Forex tersebut.
3. Dari perkembangan tahun berikutnya, 1993, ternyata urusan tersebut diteruskan; dan jumlah kerugian ketika itu, dianggar sekitar RM9 bilion hingga RM10 bilion.  Gabenor BNM membuat pengakuan kepada saya bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak memberi laporan tepat kepadanya dan beliau telah menerima perletakan jawatan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai petugas yang bertanggungjawab. Tan Sri Jaafar sendiri mengambil tanggungjawab sepenuhnya, walaupun saya akui kewibawaannya dan percaya bahawa beliau tidak diberikan keterangan lengkap oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

4. Tan Sri Ahmad Don yang mengambil alih tugas Gabenor BNM pada tahun 1994 telah bertindak menghentikan dagangan tersebut, dan mula membayar kerugian sekitar RM500 juta setiap tahun. Pengurusan BNM bertambah mantap, diperkemas dengan laporan dasar yang lebih teratur kepada Menteri Kewangan.
Jumlah kerugian akhirnya dianggar sekitar 15 hingga 30 bilion ringgit tertakluk kepada cara BNM mengaudit dan mencatat potongan 'contingency fund', 'reserve fund', 'insurance fund'; kos membendung inflasi dan mempertahan ringgit.
5. Setelah saya dipenjarakan pada September 1998, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri. Dan lebih serius lagi apabila beliau dilantik Menteri Kewangan Kedua pada 2008; walaupun ketika diberhentikan pada tahun 1998, Kementerian Kewangan telah mengemukakan syarat bahawa beliau tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana institusi kewangan negara.
6. Dalam pertemuan dengan Pasukan Petugas Khas Forex ini, berulangkali saya tegaskan keperluan dibekalkan dengan laporan dan dokumen untuk memastikan perjalanan lebih telus dan teratur. Perkara ini belum dilaksanakan. Saya juga perhatikan masalah wujud manakala keputusan Pengerusi membenarkan peguam saya, R Sivarasa, hadir untuk saya rujuk, tetapi keputusan ini diketepikan oleh seorang pegawai di Kementerian Kewangan.
Anwar Ibrahim
26 April 2017

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2017/04/apabila-anwar-ibrahim-keluarkan.html#5yIE85c6GkHvrAlI.99

3 orang berkata:

Anonymous said...

find more infotop article have a peek at these guysindex navigate hereGet More Information

smeshaez said...

find here see here Get the facts learn the facts here now this content click for more info

Anonymous said...

find out this here j9g24p6x29 bags replica ysl replica bags prada my explanation a3w77i9p68 replica louis vuitton bags 7a replica bags meaning replica bags south africa his response s0q00d4o18 replica bags los angeles

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.