Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR MINTA DIBEBASKAN

Anwar fail saman mohon dibebaskan segera
Anwar fail saman mohon dibebaskan segera
Wan Azizah
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia bagi menuntut supaya dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Anwar selaku plaintif memfailkan saman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N. Surendran menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Melalui pernyataan tuntutannya, Bekas Ketua Umum PKR itu mendakwa  sabitan bersalah ke atasnya di Mahkamah Rayuan diperolehi melalui penipuan yang dilakukan ke atas Mahkamah Tinggi oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwanya lagi,  penipuan itu kemudiannya diteruskan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang mengakibatkan plaintif disabitkan tuduhan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 7 Mac 2014 dan keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 10 Februari 2015 diketepikan atas sebab penipuan.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menuntut supaya dilepas dan dibebaskan, selain kos dan relif lain yang sesuai.

Sementara isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pemenjaraan ke atas suaminya yang tidak bersalah adalah satu kezaliman.

"Satu hari dipenjara adalah kezaliman kepada orang yang tidak bersalah. Atas dasar keadilan Anwar tidak patut berada dalam penjara kerana tidam bersalah," katanya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Klu anwar kuar, musnahlah harapan tn guru lebai dol nak jadi pm.

Anonymous said...

Klu anwar kuar, 99.999% kompem kelantan jatuh ke tangan PH.

Anonymous said...

Kalau Anwar keluar, nada suara ketua dan lebai2 rasuah jual agama Pas akan mula kendur memfitnah PH.

Anonymous said...

lebai jd pm... x layak langsung. kaki ponteng

Anonymous said...

Kalau anwar kluar penjara akan ada BERSIH 4. Jilat semua ludah Tun M sampai bersih. Puih...dulu bkn main marah meluat kat tun. nah sekarang bkn main mesra lg..puih lg skali.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.