Heh! Nampak
gayanya, khifarah demi khifarah sudah pun menimpa Si Rafizi ni ekoran
dosa - dosa yang telah dilakukannya selama hari ini. Tinggal lagi, Si
Rafizi tu je yang masih tak sedar diri.
Dari satu
sudut, nampak sangat yang Si Rafizi tu benci betul dengan sistem
perundangan syariah di Malaysia ni sampai tahap Hakim Mahkamah Syariah
pun dihinanya secara terang - terangan.
Jika sebelum
ini, Si Rafizi tu secara terbuka menentang cadangan pindaan Rang Undang
- Undang untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang
dibentangkan oleh PAS.
Namun
penentangan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu muncul dalam bentuk fitnah
terhadap kepimpinan PAS yang dituduh turut menerima habuan dana kewangan
daripada syarikat 1MDB.
Maka kali
ini, kebiadapan dan penghinaan yang dilemparkan oleh Si Rafizi tu juga
muncul dalam bentuk Fitnah yang mendakwa kononnya Hakim - Hakim Mahkamah
Syariah ni kuat makan rasuah.
Persatuan
Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dalam kenyataan lewat petang tadi
memberitahu, kenyataan Rafizi bahawa hakim mahkamah syariah lebih banyak
makan rasuah berbanding hakim mahkamah sivil telah menyebabkan
institusi perundangan syariah dipandang hina disamping menimbulkan
persepsi negatif dikalangan masyarakat di Malaysia.
“Rafizi bakal berdepan tindakan di bawah Seksyen 210 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana bertindak menghina mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan hukuman denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit.
“Selain itu, Rafizi turut bakal berdepan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana bertindak menghina pihak berkuasa agama,” katanya.
Menurut
kenyataan itu lagi, PPSM bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah membuat aduan kepada Ketua
Penguatkuasa Agama (KPPA) Wilayah Persekutuan berhubung kenyataan Ahli
Parlimen Pandan itu.
“Rafizi juga berpotensi untuk turun naik mahkamah syariah dari satu negeri ke satu negeri di seluruh Malaysia seandainya Pegawai2 Syariah di setiap negeri membuat aduan kepada Penguatkuasa Agama negeri masing-masing,” ujarnya.
Dalam erti
kata lainnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Si Rafizi tu terhadap Hakim
Mahkamah Syariah bukan sahaja dianggap sebagai satu Penghinaan terhadap
sistem perundangan Negara. Bahkan pemimpin PKR itu secara terbuka
menghina Islam!!!
1 orang berkata:
Tak habis2 meroyan dgn tuduhan menghina..yg betul2 terhina adalah ketua lebai yg dilakar sbg ketua beruk jual agama oleh mca.
Post a Comment