Bersatu perlu daya sentuhan baharu
SHAH ALAM - Sudah tiba masanya Bersatu dipimpin oleh orang yang lebih
muda, profesional, mempunyai daya dan sentuhan baharu serta matlamat
lebih jelas.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara
Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, hari ini Bersatu masih
terbawa-bawa budaya lama dan kuno, dengan kepimpinan yang lanjut usia,
sekali gus menghapuskan konteks jiwa muda dalam parti itu.
"Sekalipun Bersatu ada perjuangan, saya lihat ia bersifat jangka
pendek, jadi ini tidak memberi daya tahan yang kuat kepada parti, tidak
seperti parti-parti lain yang membawa agenda lebih besar.
[ARTIKEL BERKAITAN: Keluar masuk parti perkara biasa dalam politik]
"Sekiranya Bersatu menyatakan mereka menekankan untuk perpaduan Melayu,
sudah ada parti-parti Melayu. Begitu juga, sekiranya mereka menekankan
perkara bersifat ketelusan dan sebagainya, dahulu PKR pun memperjuangkan
perkara sebegitu.
"Maka tidak hairanlah sekiranya ada pengasas parti bertindak keluar
parti dan akhirnya mendedahkan kepincangan dalaman," katanya.
Md Shukri mengulas tindakan keluar parti salah seorang pengasas parti tersebut, Kamarulazman Habibur Rahman.
Pada sidang media pengundurannya, Kamarulazman menyatakan sebab utama
beliau meninggalkan Bersatu kerana parti itu mengamalkan amalan
kronisme.
Md Shukri berkata, itulah akibatnya apabila sebuah parti itu ditubuhkan
atas sifat kecewa ataupun hanya mementingkan kepada objektif yang agak
negatif.
"Awal-awal lagi urus tadbir parti sudah pincang, jadi bagaimana untuk
mereka menawarkan satu pakej kebajikan kepada masyarakat Malaysia secara
keseluruhannya?
"Justeru, dalam konteks ini Bersatu harus berubah dengan menetapkan
hala tuju perjuangan yang jelas supaya setiap pemimpin dan ahli faham,"
katanya.
Menurutnya, kepincangan itu juga menyebabkan hilangnya prestij Bersatu,
dan parti itu juga berkemungkinan besar hilang tarikan awam, dan
kepercayaan rakyat terhadap Bersatu.
"Kalangan pemimpin parti itu nama-nama popular, nama besar, tetapi gayanya gaya lama.
"Mereka tidak memberi perbezaan ketara berbanding parti lama yang
mereka sertai sebelum ini, dalam konteks ini mereka gagal merevolusikan
parti baharu itu, lebih baik berada dalam parti lama jika isu dan
polemik yang sama dibangkitkan," katanya.
4 orang berkata:
Kepimpinan yg ada sekarang sudah baik. Yg berpengalaman mendidik yg muda. Ramai akan keluar umno dan masuk bersatu. In Sha Allah bersatu akan terus berjaya dgn sokongan rakan2 PH.
Biarkan pas terjun ke laut bersama pemimpin dan para walauntanya
Org melayu yg keluar Umno masuk Bersatu. Yg keluar Pas masuk Amanah. Kesian Pas, kerana budi 90juta ketua penyamun habis tergadai prinsip parti agama.
Duit boleh menyebabkan lebai terangkat serban.
Kebanyakan org yg kedekut giler ialah golongan lebai berserban. Mereka ingat derma seringgit hanya boleh dibuat di masjid.
Cerita hj bakhil arahan p romlee memang berlaku kepada golobgan lebai.
http://www.indesiteg.com , http://daewoo.services , http://whitepointalabd.maintenancecenter.company , http://syantarystunmisr.com , http://xn-----btdbbgc7cwalq0dwiuae6asi.com/
https://www.facebook.com/syant.idealzanussi/ ,
https://www.facebook.com/RqmTwkylZanwsyAlbd/ ,
https://www.facebook.com/SyantZanwsyAlbd/ ,
https://www.facebook.com/syant.ywnifrsal/ ,
https://ar-ar.facebook.com/Hitachi.Maintenance.Egypt/,
https://www.facebook.com/ariston.alwseet.net/ ,
https://www.facebook.com/SANYO.Maintenance.Egypt/ ,
https://www.facebook.com/Alkitrustar.Maintenance.Egypt/ ,
https://www.facebook.com/www.syantarystunmisr.com.eg/ ,
https://ar-ar.facebook.com/Alba.Maintenance.Egypt/,
https://ar-ar.facebook.com/refrigerators.maintenance.center.electrostar/
https://www.facebook.com/WaytBuynat.Maintenance.Egypt/ ,
https://ar-ar.facebook.com/Toshiba.Maintenance.Egypt/ ,
https://www.facebook.com/AttorneyZanussi/ ,
https://ar-ar.facebook.com/TwkylZanwsyAlbd/ ,
https://ar-ar.facebook.com/Maintenance.Center.Refrigerators.Westinghouse/ ,
https://www.facebook.com/Ariston.Egypt.Mansoura/ ,
Post a Comment