SETELAH MELAYU BERPECAH 6
MERDEKAAAAA !!!
MUKTAMAT PAS TIDAK AKAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN
MUNGKIN AKAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR
Pak Karamu-
RUU355: Pas tidak akan bersama Pakatan Harapan
MERDEKAAAAA !!!
MUKTAMAT PAS TIDAK AKAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN
MUNGKIN AKAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR
Pak Karamu-
RUU355: Pas tidak akan bersama Pakatan Harapan
SHAH ALAM - Pas mengulangi pendirian bahawa tidak akan menyertai
Pakatan Harapan dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik
dengan DAP dan Amanah.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan
ini telah terbukti tepat berikutan sikap penentangan berterusan DAP dan
Amanah terhadap agenda Islam yang dibawa oleh Pas termasuk RUU355.
"Sikap ini jelas kelihatan di Parlimen pada 6 April 2016, ketika
Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Setiausaha Agong Pas
(Datuk Takiyuddin Hassan) membentangkan RUU355," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Terdahulu pada Sidang Dewan Rakyat pada 6 Aril lalu, Abdul Hadi berjaya
membentang RUU355 buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen
bersidang.
Namun, sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut,
beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP - Puchong), Gobind Singh Deo, (DAP
- Gelang Patah), Lim Kit Siang dan beberapa lagi ahli parlimen
pembangkang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.
Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
mengarahkan kesemua ahli parlimen terlibat untuk duduk atau mereka bakal
berdepan hukuman keluar dewan ekoran daripada kekecohan yang timbul.
[ARTIKEL BERKAITAN: Usul RUU355 dibentang kali ketiga]
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, episod RUU355 juga membuktikan
perumpamaan yang digunakan Presiden Pas betul, di mana kedua-dua belah
ibarat 'biawak hidup' di mana satu belah tidak berani membawa, dan satu
belah bukan sahaja menentang, bahkan hak Pas untuk membentangkan RUU355
melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang.
"Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang
Presiden Pas dan Setiausaha Agong Pas di parlimen mengenai RUU355 kini
cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada Pas
tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan Pas,"
katanya.
Namun, ujarnya strategi lapuk ini tidak akan berjaya kerana Pas yang
ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan di
2015.
"Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti
polis dan SPRM agar tindakan dapat diambil terhadap Pas sekiranya ada.
Pas akan memberikan kerjasama sepenuhnya.Pas akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga," katanya lagi.
10 orang berkata:
Macam tu ke ulamak?
Ulamak sepatutnya berbaik sesama Islam.
Ni macam ulamak palsu je
Pas menanamkan kebencian dalam masyrakat dan menggalakkan perpecahan ummah. Jika beri keuntungan pd pas dia akan puji, jika merugikan pas dia akan dikeji dan dikafirkan.
#buanghadipas
Dah luluskah RUU355? Bentang, penggal akan datang bentang lagi, lepas tu tangguh, lepas tu bentang lagi, dalam masa sama keluar kenyataan penghinaan dalam parlimen hanya jadi tukang sorak, lepas tu bentang lagi, lepas tu tangguh dan seterusnya. Balik kampung jadi Wira Bentang, RUU355 hanya bentang dan tangguh tanpa kelulusan.
Jika umno dan pas hancur, ekonomi negara akan meningkat. Rasuah akan dpt diatasi.
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Adalah tidak munasabah sama sekali bg org yg berakal jika hanya dengan menambah hukuman untuk beberapa jenayah sudah dikira dpt memartabatkan hukum syariah.
Kenapa tidak lihat pada beberapa perkara spt meningkatkan penguatkuasaan, meningkatkan dakwah, meningkat profesionalisma hakim dan kakitangan, mengatasi punca jenayah, membaiki taraf sosial ummah dll yg menjurus kejadian jinayah syariah? Hukuman hanya satu drp ribuan usaha menigkatkan mahkamah syariah dan ia adalah langkah terakhir.
Jika ada kalangan org2 yg dihormati dari segi agama pun melakukan jenayah syariah atau jenayah lain serta berkelakuan yg bertentangan dgn islam, mana mungkin orang lain tidak meniru mereka. Pemimpin buruk akhlak akan melahirkan pengikut yg buruk akhlak juga.
RUU 355 - 1. Denda 5k jadi 100k 2. Penjara 3 Tahun jadi 10 tahun . 3 . 6 sebatan jadi 100 Tu aje 3 poin penting . Tapi PAS melalak macam nak buat hudud dah . Habis orang kena kafir , kena biawak lah . Apa ni ??? Ini peejuangan islam ke ? Islam x ajar ke lawan perasuah , lawan orang yg makan duit rakyat , lawan orang yg menyusahkan rakyat ....PAS ooii fikir lah ....
Biawak2 dlm Parlimen..geng lebai hancing gadai agama 90juta.
roman plaza hai phat - thanh xuân
roman plaza hai phat - thanh xuân
roman plaza hai phat - hà đông
roman plaza hai phat - đại mỗ
roman plaza hai phat - hà đông
can ho hateco xuan phuong - Nam từ liêm
Post a Comment