Seminar Tok Guru bentuk manipulasi pada Nik Aziz
SHAH ALAM – Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz yang dianjurkan Amanah
semalam merupakan bentuk manipulasi terhadap bekas Mursyidul Am Pas,
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik yang telah tiada.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, apa
yang cuba disampaikan Amanah bersifat manipulasi kerana Nik Aziz tidak
ada kena mengena dengan Amanah dan terus istiqamah bersama Pas sehingga
ke akhir hayatnya.
“Semalam Amanah mengadakan seminar pemikiran Tok Guru Nik Aziz.
Tujuannya adalah untuk menggambarkan parti yang mereka tubuhkan daripada
serpihan Pas adalah selaras dengan pemikiran dan direstui Allahyarham
Tok Guru.
“Tok Guru tidak pernah menyeru sesiapa untuk keluar daripada Pas. Itu
adalah fakta semasa hayat beliau. Setiap orang berhak mengkaji pemikiran
sesiapa pun termasuk pemikiran seorang tokoh yang telah meninggal
dunia. Tetapi kita tiada hak menisbahkan sesuatu kepada seorang yang
tidak pernah memperkatakannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, tindakan Amanah adalah satu jenayah intelek terhadap nama baik Nik Aziz.
“Pelbagai andaian dibuat dan direka lalu dinisbahkan kepada seorang
yang telah tiada di dunia ini. Ia adalah satu penipuan, cerita rekaan
dan pembohongan yang sangat nyata dan keji.
“Seminar ini telah mencipta pelbagai cerita rekaan dan andaian
berasaskan sangkaan yang rosak dan salah lalu dinisbahkan kepada batang
tubuh Tok Guru yang telah pergi ke rahmatullah dan tentu Allahyarham
tidak boleh menjawap bagi menafikannya,” katanya lagi.
7 orang berkata:
شركة تنظيف بيارات بالرياض
شركة تنظيف بيارات
تنظيف بيارات
تنظيف بيارات بالرياض
تسليك بيارات بالرياض
افضل شركة تنظيف بيارات بالرياض
شركات تنظيف بيارات بالرياض
شركة غسيل بيارات بالرياض
ارقام شركة تنظيف بيارات بالرياض
اسعار شركات تنظيف بيارات بالرياض
شركة شفط بيارات بالرياض
شركة تنظيف بيارات شرق الرياض
PAS skrg dah sesat dan jauh dari akhlak Islam sebenar yg mulia. Suka menghasut perbalahan, menyemai permusuhan dan kebencian sesama makhluk Allah hanya kerana takut kehilangan kuasa dan undi org melayu. Kesiannn..
Puji kenaikan dan kelebihan ilmu org yg dah meninggal tu satu kesalahan ker?? Org kalau baik memang akan selalu dikenang malah pemikirannya akan selalu dijadikan panduan.
Tapi kalu selalu barua dan kafirkan orang, orang akan laknat sampai hari kiamat.
Masa ada nya TGNA kenapa , mengapa tiada seorang pun di kalangan ulamak2 ini yg berani bersuara utk berkawan dgn UMNO hatta anaknya sendiri . Berani ke ???
Sejak ketiadaan TGNA..dlm PAS skrg ramai yg dah jadi AgamaWang.
Org dah mninggal pon nak dilibatkan....apa la punye akai...krn plitik...apa saja pon blh..ingatlah...ini smua dunia...dunia
agama pun ada parti politik jual utk undi, inikan pulak orang dh ninggal.. x caya tanya hasan ali hehe
Post a Comment