Rafizi usul ambil tindakan terhadap Adam Rosly
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan rakan-rakan pimpinan
dalam parti akan mengusulkan supaya satu tindakan diambil terhadap Ketua
AMK Ampang, Datuk Adam Rosly.
Rafizi berkata, tindakan yang akan dilaksanakan akan menjarakkan
kemelut peribadi Adam daripada mengheret PKR dan Pakatan Harapan ke
dalam masalah peribadinya.
"Tindakan akan diputuskan sama ada melalui keputusan bersama kepimpinan
PKR untuk membolehkan dia (Adam) 'bercuti' dari jawatan parti sehingga
kesnya selesai, atau melalui kaedah Lembaga Disiplin seperti yang
disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Apa pun, saya berharap seluruh kekuatan parti dari akar umbi ke
peringkat pimpinan mengambil langkah untuk menjarakkan parti dari
kemelut peribadi seperti ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kata Rafizi lagi, keengganan Adam menuruti nasihatnya supaya melakukan
pengistiharan harta juga telah menyebabkan masalah yang melanda kian
melarat.
"Sebab itu semasa kekayaan Adam mula-mula menarik perhatian ramai, saya
dengan serta-merta menasihatkan beliau supaya mengisytiharkan harta.
Ada perbezaan di dalam parti apabila ada yang beranggapan beliau tidak
perlu mengisytiharkan harta kerana tidak menjawat sebarang jawatan
kerajaan.
"Saya telah menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan pandangan itu
kerana piawai moral dan keamanahan yang dipegang PKR mestilah lebih
tinggi dari parti-parti lain,” katanya.
Menurutn Rafizi, seseorang yang memegang jawatan parti tidak boleh
dilihat mengumpul kekayaan yang tidak boleh diterangkan kepada rakyat.
Jelas Rafizi, jika kekayaan itu dikumpul secara sah dan tanpa
melibatkan kepentingan awam, beliau yakin mana-mana pimpinan dalam parti
itu boleh mengisytiharkan harta dengan mudah.
"Saya masih berpendapat Adam boleh menjernihkan keadaan supaya tidak
mengheret PKR ke dalam kemelut peribadi beliau dengan mengisytiharkan
harta secepat mungkin.
"Keadaannya berbeza sekarang kerana keengganan beliau mengisytiharkan
harta telah mengheret nama baik PKR sehingga dijadikan bahan serangan
oleh musuh-musuh politik PKR," katanya lagi.
Adam yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh di mahkamah 21 April lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM dijangka tuduh pemimpin muda PKR esok]
Adam, 28, yang ditahan SPRM pada 13 April ketika hadir untuk memberi
keterangan berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya, telah berada dalam
tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes
tersebut.
[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly ditahan SPRM]
Menurutnya lagi, pihak PKR sebenarnya amat tegas mengenai perkara-perkara yang bersabit dengan tatakelola dan keamanahan.
"Setahun lalu, saya sendiri sebagai Setiausaha Agung PKR pada ketika
itu dengan diiringi pimpinan-pimpinan lain membuat laporan mengenai
dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang diadukan kepada saya didakwa
berlaku di Selangor.
"Malah, saya secara berterusan di dalam saluran rasmi dan tidak rasmi
parti mengingatkan pimpinan dan aktivis parti bahawa gerak geri kita
diperhatikan oleh rakyat.
"Saya konsisten menegaskan bahawa piawai moral dan keamanahan yang
perlu kita buktikan kepada rakyat adalah lebih tinggi dari parti-parti
lain kerana PKR dihargai rakyat hasil dari perjuangan berterusan kita
menentang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbiran sedia
ada," ujarnya.
11 orang berkata:
Betul cadangan rafizi. Biar dia berehat dulu utk selesaikan masalahnya. Dah settle besok boleh aktif balik.
Tak le mcm ahli parti cap unta tu.
Buat dekkkk manjang.
Nasa ahli pas
Lebai dol ahli walaunta.
Fikah tomey ahli apa?
Tahun 1960an p ramlee dah buat filem musang berjanggut. Seronok tengok cerita tu. Banyak pengajaran. Tengok pun tak jemu.
Dulu kita ler yg panjat pokok pasang bendera cap bulan & angkut tin milo tiap2 malam. Dah dapat kereta besor, kita pulak dibaruakannya. Baik kita pasang bendera dacing. Ada jugak masyukkkk
Memang betul dia tetap ahli PKR, begitu juga skandal RM90juta Nasharuddin Md Isa yang terlibat masih lagi ahli PAS dan ketika kejadian dia masih berjawatan dalam PAS.
Bangkit tolak Pas di Kelantan.
Ya betul. Yg penting dia disiasat, kalau dia salah sila hukum.
Tapi parti pak lebai cuma pandai lebong dlm FB
Kalau buat kerja tak iklas memang la macam itu.. sebab tu anon 2.42 tak kekal dalam pas. Nak ada balasan .. patutpun mu jadi barua dan bbalaci dap.. mesti masyuukkkk punya.
Mula dah balaci dap buat fitnah kt nasa pulak.. ini la kerja balaci ph..
Post a Comment