Lebih 10 kawasan ditenggelami air
GEORGETOWN - Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas
hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak jam 7 malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, antara
kawasan yang terlibat adalah, Lorong Batu Lanchang, Jalan P. Ramlee,
Sungai Pinang, Jalan Taman Free School, Jalan Bukit Relau, Sungai Ara,
Paya Terubong, Greenlane, Jalan Masjid Negeri, Sungai Nibong, Bukit
Jambul dan Farlim.
Katanya, keadaan banjir kilat ini turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama.
"Namun sehingga kini tiada laporan kemusnahan harta-benda atau
kemalangan jiwa diterima berikutan bencana tersebut," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati air di Jalan P.Ramlee telah naik setinggi
kira-kira 0.3 meter tetapi difahamkan tiada pusat pemindahan dibuka
setakat ini bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir kilat. -
Bernama
7 orang berkata:
0.3 meter tu sekaki aje. Kat KL biasa dah. Lepas 1 jam kering balik. Take la sampai hanyut rumah kena rendam bah kuning berminggu2.
Biasa la tu. Pengakhiran musim alnino. Pantai barat belah selatan Thai dan pantai barat semenanjung menerima hujan dari sisipan angin monsun. Kalau ikut teori geografi dah banjir besar. Tapi syukurlah sbb cuma banjir kilat sahaja.
Penang banjir kilat sikit sbb pembangunan hebat utk kepentingan rakyat. Klate bah kuning dahsyat sbb pembalakan hebat yg bukan utk kepentingan rakyat.
Banjir termenung kat Kelantan tahun ni dah kering ke?
Duit byk2 pergi mana?
Kenapa negeri pembangkang je yg selalu banjir teruk? Tukar kejaan je la
Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka adalah negeri-negeri yang teruk dilanda banjir baru-baru ini, kenapa tak mahu tukar kerajaan? Kelantan dan Terengganu juga setiap tahun banjir teruk perlukah tukar kerajaan? Bila bodoh mengatasi akal banyaklah kenyataan yang bebal dan benggong akan keluar.
Negeri yg mangsa2 banjir besar duduk dlm khemah bertahun2 hanya berlaku di negeri jagaan lebai2 jual agama. Tukar kerajaan je la
Post a Comment