BN kekal memerintah, Pas akan kalah PRU14
KUALA LUMPUR - Berdasarkan kaji selidik dilakukan Invoke Malaysia, BN
diramal akan kekal memerintah Putrajaya dan Pas pula akan kalah dalam
PRU14.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang juga merupakan penyelaras Invoke
Malaysia berkata, BN akan kekal mendominasi kemenangan dalam PRU14 jika
wujud pertandingan tiga penjuru.
"Pertandingan tiga penjuru antara Umno, PKR dan Pas, Umno mendapat
jumlah undi 29 peratus ,PKR 22.3 peratus , dan Pas 11.2 peratus.
"Pertandingan tiga penjuru antara Umno, Bersatu dan Pas mendapati Umno
masih dihadapan dengan mendapat jumlah undi 30.5 peratus, Bersatu 18.4
peratus, dan Pas hanya mendapat 10.8 peratus untuk dikedudukan paling
tercorot ," katanya pada sidang medianya di sini, hari ini.
Rafizi berkata demikian berdasarkan kajian yang dibuat Invoke selama
dua bulan bermula 6 Februari hingga 6 April 2017 di kawasan majoriti
pengundi Melayu.
Sementara itu, ulasnya lagi sekiranya pertandingan tiga penjuru antara
Umno, Amanah dan Pas, Umno masih di hadapan dengan mengumpul jumlah undi
sebanyak 32.2 peratus, Amanah (16.1 peratus) dan Pas (12.5 peratus),"
katanya.
Dalam pada itu, Rafizi berkata BN danUmno juga turut mendominasi kemenangan yang membabitkan pertandingan satu lawan satu.
"Pertandingan satu lawan antara Umno dan parti pembangkang, Umno tetap
mendominasi jumlah undi, bagi keputusan Umno lawan PKR, Umno mendapat
undi 33.0 peratus; PKR 30.4 peratus.
"Pertandingan antara Umno dan Bersatu, Umno mendapat undi 34.6 peratus
, Bersatu 22.6 peratus , bagi pertandingan Umno dan Amanah, Umno dapat
undi 36.5 peratus, Amanah 21.0 peratus manakala pertandingan satu
lawan satu Umno dan Pas, Umno mendapat undi 35.9 peratus , Pas 19.0
peratus," katanya.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata berdasarkan kajian tersebut Pas
mendapat undi paling tercorot antara parti pembangkang yang lain
bagaimanapun parti Islam itu mendapat kelebihan di negeri Kelantan dan
Terengganu.
"Tahap sokongan kepada Pas merudum lebih cepat berbanding parti lain
dan Pas sekarang berada di tempat tercorot sekiranya berlaku
pertandingan tiga penjuru," katanya.
Mengulas lanjut Rafizi berkata kajian yang dibuat Invoke itu juga
menunjukkan 35 peratus responden memilih jawapan belum membuat keputusan
dan tidak mahu menjawab parti yang dipilih akan memberi undi kepada
parti Pakatan Harapan dan Pas.
7 orang berkata:
Untung la hadi kalau bn menang besar. Bn yg akan bawa usul ruu355 nanti kat parlimen, takbirrrr.
Pas kalah pun takpe..lebai2 atasan dah balun 90juta hidup mewah..yg bangang bertingkek2 walaun2 keldai mrk.
Apa yang bangangnya..cer cerita
kah 2 geng keldai sudah angkat bendela putih sebelum berlawan. bodoh punya olang
insyaAllah abang lim akan campak umpan pujuk pas sebelum pru tawar win2 situation.. insyaAllah juga pas akan sambar umpan tu mcm janda gersang x tau malu yg dah lama dahaga pujuk rayu hehe..
(hasan ali paham cinta pas pada abg lim tahap ape hehehe)
Anon 3.13
oitt...gila talak ke PAS ropernya...berharap benar PAS join pakatun la yer..kesian puak2 PH nih
zzzzz2018.5.17
ray ban sunglasses
nike blazer pas cher
kate spade outlet online
tory burch handbags
yeezy boost 350 v2
moncler online
moncler outlet
longchamp bags
nike factory outlet
ecco outlet
Post a Comment