Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JOHOR. KAMU PENGETUA SEKOLAH TAHFIZ MESTI BERTANGGUNGJAWAB

Pengetua berang warden pukul pelajar sampai kena potong kaki

Warden sebuah sekolah agama swasta di Johor meminta maaf kepada pelajar-pelajar dan guru sekolah kerana merotan kaki penghuni asrama dengan getah paip.
Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kisah kedua kakinya hitam dipercayai akibat dipukul warden dan menjadi viral di media sosial disahkan koma semalam. — Foto ihsan Facebook/IPC Info

Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Jauhar yang berang tindakan lelaki itu, yang dikenali ‘Syafiq’, berkata permohonan maaf dibuat selepas pihaknya menegur cara untuk mendisiplinkan pelajar sebegitu tidak dapat diterima.

“Saya marah mengapa getah paip. Saya buat teguran dan beri amaran. Sebilangan murid dipanggil, diperiksa kaki. Alhamdulillah, tiada kecederaan,” kata Mohammad Afdhaluddin Ismail seperti dilapor Harian Metro.

“Murid menerima keadaan itu, apabila Syafiq minta maaf pada semua dan ditegur. Guru kanan semua buat teguran. Tanda kami tidak menerima kaedah getah paip.

“Pada masa itu, kami terima permohonan maaf kerana puas hati apabila tiada kecederaan pada fizikal murid.”

Katanya beliau sedih dan terkilan dengan insiden menimpa Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie yang cedera akibat dirotan sehingga kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, kelmarin.

Remaja 11 tahun itu kini dilapor koma di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Baru, akibat jangkitan kuman.

Ketua Polis Kota Tinggi berkata warden berusia 29 tahun itu ditahan dirumahnya di Feldo Lok Heng Barat di sini, pukul 4 petang semalam, lapor Kosmo!

“Siasatan awal mendapati warden itu telah memukul mangsa dan kira-kira 15 pelajar yang lain pada kaki kerana membuat bising di surau tiga minggu lalu,” kata ACP Rahmat Othman.

Kes disiasat bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Exco Agama Negeri Abd Mutalib Abd Rahim pula berkata pihaknya akan menyemak sama ada pusat tahfiz persendirian itu berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Johor.

1 orang berkata:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.