RUU355: Pandikar Amin jelaskan kenapa Dewan tamat awal
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
hari ini menafikan beliau menangguhkan awal sesi perbahasan Rang
Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016
(RUU355) semalam kerana agenda politik atau menerima tekanan daripada
mana-mana pihak.
Sebaliknya beliau menegaskan keputusannya itu semata-mata untuk menjaga
kebajikan kakitangan Parlimen yang telah tidak tidur semalaman.
Oleh itu, kata Pandikar Amin, beliau telah menggunakan kuasa yang ada
padanya untuk menamatkan sesi Parlimen pada jam 4 petang berbanding
kebiasaan jam 5.30 petang.
Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen Ke-13 itu turut mencatat
sejarah tersendiri apabila bersidang hampir 20 jam bermula pada 10 pagi
kelmarin (Rabu) hingga 5.05 pagi semalam (Khamis).
Ditanya kenapa beliau membenarkan persidangan berlangsung sehingga 20
jam, Pandikar Amin yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama
Seminar Serantau Anggota Parlimen Wanita Komanwel Asia Tenggara di
Parlimen, hari ini berkata: "Ia adalah kehendak kerajaan untuk
menamatkan rang undang-undang yang mereka mahu tamatkan, ia bukan
kehendak saya...terpaksa...pegawai saya dan saya satu malam tak tidur.
"Jadi, pada ketika itu, itu kuasa saya, saya tidak mahu duduk lagi
untuk mendengar hujah-hujah yang pernah saya dengar, yang kadang-kadang
tidak masuk di akal. Kalau mahu tuduh saya tongong, maka hujah-hujah
mereka selama sembilan tahun saya dengar, kebanyakan mereka tongong,"
katanya pada sidang media hari ini.
Beliau mengulas mengenai kecaman pembangkang berhubung tindakannya
menamatkan sesi Dewan Rakyat lebih awal semalam, sebelum sempat RUU355
yang dibentang Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
dibahaskan.
Tindakan Pandikar Amin menangguhkan hari terakhir sidang Dewan Rakyat
itu lebih awal dari kebiasaannya menerima kecaman pelbagai pihak
terutama pembangkang yang mendakwa mereka tidak diberi peluang untuk
membahaskan RUU355 berkenaan.
Ini termasuk Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin
Ayub yang menyelar tindakan Speaker mengeluarkan arahan untuk
menangguhkan RUU355 dibahaskan semalam sebagai tongong.
Mengulas lanjut, Pandikar Amin berkata tugas beliau sebagai Speaker
Dewan Rakyat bukan semata-mata untuk menyenangkan hati semua pihak.
"Kalau ada yang menganggap ia tongong, itu adalah persepsi
masing-masing. Saya rasa Pas semalam pun mahu perkara itu untuk dibahas
dan diundi.
Tetapi saya mempunyai hak untuk tangguhkan mesyuarat dan mereka
(anggota Parlimen) masih dapat berbahas pada masa akan datang. Tapi bila
mereka ini berhujah, hujah mereka itu boleh berasaskan agenda politik
semata-mata.
Saya tidak mempunyai agenda politik, saya hanya mahu memastikan setiap
persidangan itu berjalan lancar. Terpulang kepada sesiapa sahaja yang
mahu menghentam saya, saya tidak kisah, saya tak peduli, saya tak peduli
asalkan (sidang) Parlimen berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata, tindakan itu juga adalah adil kerana kedua-dua pihak,
iaitu anggota Parlimen kerajaan dan juga pembangkang yang ingin mencelah
dan berbahas tidak dibenarkan berbuat demikian.
Pandikar Amin juga berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa yang
dimiliki beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat, walaupun ada pemimpin
yang pernah menyebut bahawa RUU berkenaan akan dibentang, namun tidak
akan dibahas dan diundi pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
"Itu untuk kepentingan politik, mereka mahu menang pilihan raya, saya
tidak mahu menang pilihan raya. Apa yang penting, apa yang saya kata dan
apa yang saya lakukan.
Sebab semalam, kita sudah duduk sampai pukul 5 pagi kerana kemahuan
kerajaan yang mahu semua rang undang undang dibahaskan di bawah
peraturan Mesyuarat 15 (5). Itu bukan kemahuan saya, jadi apabila saya
mempunyai kuasa, saya perlu menggunakannya, saya tidak mahu tunggu lagi
dua hingga tiga jam untuk mendengar hujah-hujah anggota Parlimen yang
kadang-kadang tidak masuk akal bagi saya," katanya.
Pembentangan RUU355 dibuat Abdul Hadi yang merupakan Presiden PAS pada
hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 semalam.
Persidangan Dewan Rakyat itu bermula 6 Mac lalu.
Sejurus Abdul Hadi selesai membentangkan usul itu, ia disokong anggota
Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung
Pas.
Pandikar Amin kemudian membuat keputusan usul itu akan dibahas dan diputuskan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Penangguhan sidang mesyuarat itu dibuat selepas Rang Undang-Undang
Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, diluluskan dengan
undian suara majoriti.
Sidang Dewan Rakyat kali ini meluluskan Rang Undang-Undang
Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Rang
Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang
Kebankrapan (Pindaan) 2016, Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial
Pekerjaan Sendiri 2017, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 dan
Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017. - Bernama
13 orang berkata:
Bentang je tak bahas tak undi camner nak jadi undang2?
Dapat bentang pun dah bangga sangat ker? Belum jadi hukum dah menangis2? Apa punya lebai...
Knapa tak masuk sekali hukuman mencuri dan merompak dalam ruu 355 tu? Tak kan la nak selamatkan perompak, pencuri, perasuah, pencilok, pwnerima rasuah, pengambil duit cikgu, pengebas balak dan lombong?
Nak simpan utk pru ke 15 yer?
Sabarlah pak karam. Seminggu dua lagi keluarlah no akaun, nama pwmilik akaun dan jumlah transfer akaun tu. Tunggu aje la. Jangan gabra. Tak elok tau dah tua2 gelojoh cam tu
Nanti kita amik kalkulator kira dia punya jumlah keseluruhan.
Kalau pak karang nak samang husang, pak karang boleh samang. Tapi samang tu tak ada dalang ajarang orang islang. Kalau nak samang pak karang samang sr dan rafizi sekali.
Dulu kedah buat ruu haram nak sokong. Skrg menangis2. Apalah
Jong pecah yu kenyang.
Alhamdulillah bagi makan free kat yu.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1164] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 900 JUTA , wassalam.
Hahaha hadi baru bentang jer pun, belum bahas lagi. Lepas ni parlimen dah nak bubar, mmg takde dah sidang parlimen sehingga kerajaan baru dibentuk. Nampak gayanya ruu355 yg hadi bentang tu jadi kain buruk jer laa. Eh! Kejap! Pak karam paham ke idak ni? Ke pak karam dah happy sebab rasa dah mcm masuk syurga? Belum lulus lagi la pak karam oiiii.
Sabor..sabor..
Tunggulah seminggu dua lagi.
Org yg buat je akan bimbang takut nama naik. Kalau tak buat, kalau tak terima, janganlah bimbang. Rafizi ni kalau dia cakap biasanya ada bukti kukuh. Kita tengok aje la nanti sapa yg kena.
Tungggguuuuuuuu......
Betul ke penangguhan ruu 355 itu telah dipersetujui dlm konsensus BN? Betul ke joseph kurup dan s subramaniam ada cakap mcm tu?
Jika betul, malang sungguh nasib kita sbg org islam. Sepatutnya ruu355 perlu dibahaskan dan diundi dgn segera supaya urusan memartabatkan mahkamah syariah dpt disegerakan. Kenapa perlu tangguh2? Sampai bila perlu ditangguh?
Lakonan mengalahkan pelakon sinetron. Sandiwara geng lebai hancing.
Kebanyakan mereka tongong adalah walaun2 krn bersubahat dgn lebai2 dedak 90juta memperalatkan Islam utk menipu Allah dan org melayu.
Post a Comment