Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEBODOHAN RAFIZI TIDAK SEBARANG TANGGUNG

DIA MUNGKIN TAHU PARLIMEN PANDAN AKAN DITANDINGI OLEH PAS
TAPI DIA TAK LAMA LAGI MASUK PENJARA,

YANG JELAS PKR DALAM MASALAH
DISEBABKAN RAFIZI

 -Pak Karamu-



Rafizi sebenarnya terdesak serang Pas
Pas

KOTA BHARU - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti untuk mengaitkan Pas dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana dakwaannya yang menggunakan perkataan ‘sekiranya’.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UKM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, penggunaan istilah 'sekiranya' ini adalah satu indikasi nyata bahawa beliau sendiri sebenarnya tidak pasti dengan apa yang beliau perkatakan itu.

“Setelah meneliti akuan berkanun tersebut, saya fikir beliau sendiri tidak tahu sama ada betul atau tidak Pas menerima manfaat daripada dana 1MDB tersebut. Sebab itulah banyak pihak yang mempertikaikan kewibawaan Rafizi setelah kandungan akuan berkanun ini tersebar.


“Ini kerana ia seperti perumpamaan indah khabar dari rupa, janji kononnya akan ada pendedahan menyeluruh kaitan antara Pas dan 1MDB walhal pendedahan itu hanyalah melibatkan bekas Timbalan Presiden Pas,” katanya.

Beliau mengulas akuan berkanun Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang kini sedang hangat diperkatakan pelbagai pihak, terutamanya di media sosial.

Semalam dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya, Rafizi berkata transaksi itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB.

Rafizi juga memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya beliau boleh membuktikan kebenaran dakwaan itu.

Menurutnya, tindakan Rafizi merujukkan Pas sebagai parti pembangkang utama di dalam akuan bersumpah beliau seharusnya memberi lonjakan semangat kepada penyokong Pas sendiri sama ada secara disedari atau tidak.

Ini kerana, ia adalah satu pengakuan dan pengiktirafan terbuka pemimpin itu ke atas pengaruh dan kekuatan Pas dalam arena politik negara berbanding parti-parti pembangkang lain, termasuklah parti beliau sendiri.

“Agak kelakar bahawa dalam keterdesakan beliau untuk menyerang Pas, dia tanpa disedari telah membuat sesuatu yang boleh menjejaskan moral rakan-rakan beliau di dalam PKR, DAP, Amanah dan Bersatu dengan menyebut Pas parti pembangkang terkuat negara,” katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Ikut suka kau lah lebai. Spin selagi boleh. Spin pada umat mu bahawa org alim makan rasuah ya.
Mereka akan percaya

Anonymous said...

Parti lebai2 rasuah ni byk yg alim kucing. Nafsu buaya.

Anonymous said...

Parti PKR aka parti paling rasuah spls UMNO...apa citer Adam rosli, pimpinan PKR yg kena tahan dgn SPRM?

Anonymous said...

Parti lebai rasuah 90juta terima duit curi rakyat marhaen skandal rompakan terbesar di dunia.

Anonymous said...

Anon 7.24

Mana bukti parti lebai terima 90j? tak ada kan...tp bukti adam rosli pimpinan PKR dan LGE amik rasuah tuh mmg ada...

Lan said...

Bodoh dia pun akauntan bertauliah tu . Bodoh dia pun bila berhujah tentang angka2 di Parlimen terkebil2 Pak Menteri nak jawab . Bodoh dia pun bolev lah ulas/hujah/debat bila laporan audit Negara di keluarkan . Yg pandai MP2 PAS , bila berhujah bab laporan audit semua biol/diam x tau nak mecelah pun . Nak buat2 pandai pun x de .

Anonymous said...

Anon 7:44 parti lebai rasuah 90juta ramai pondan. Rafizi dah cabar pondan2 ni report polis kalu dia menipu. Nak saman lagilah penakut parti lebai pondan rasuah. Walaun biol kerjanya spin.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.