Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK SELIT PERKARA YANG TIDAK BERKAITAN ADALAH BODOH DAN BANGANG

NAK BUAT PARLIMEN MALAYSIA SEBAGAI PARLIMEN BANGANG  DAN TAK DE TAMADUN ??
 
BOLEHKAH SELIT DAN BAHAS  PERKARA 
YANG TIADA KAITAN ?
 
PARLIMEN BUKAN TEMPAT UNTUK JATUHKAN MORAL DAN BERKEMPEN, 
 
TU PASAI PARLIMEN MALAYSIA MACAM KEDAI KOPI,
 
 
-Pak Karamu-
 
 
'Individu rapat dengan Pas terima dana'
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai individu rapat dengan Pas yang menerima dana daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

Beliau berkata, pihaknya ingin menyelitkan mengenai perkara itu ketika perbahasan mengenai usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, namun sesi berkenaan  ditangguhkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Aman Mulia.

“Jika tidak, saya ingin bangkitkan perkara ini dalam sesi perbahasan tersebut sekiranya ia tidak ditangguhkan.

“Dan saya inginkan  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab mengenai perkara ini,” katanya, semalam.

Pada persidangan Parlimen semalam, Pandikar Amin membuat keputusan penangguhan perbahasan 4 petang dan mendapat bantahan ahli parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul itu.

Kekecohan mula tersebut apabila ahli-ahli parlimen pembangkang bertindak bangun dan melaungkan ‘ini tidak adil’, namun Pandikar Amin tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang berkenaan.

Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk  Takiyuddin Hassan  menafikan dakwaan Rafizi terdapat individu yang rapat dengan parti Islam itu menerima dana tersebut.

Dipetik Malaysiakini, Takiyuddin berkata, Pas tidak ada menerima apa-apa dana daripada mana-mana pihak.

“Saya tak ada maklumat dan tak ada apa-apa pengetahuan langsung (mengenai dana 1MDB),” katanya.

23 orang berkata:

Anonymous said...

Duit masyukkkkkk
Duit masyukkkkkk
Sila preksa akaun bank masing2

Anonymous said...

MP2 dan walaun2 biol tahu ke fungsi parlimen yg sebenar? Selama ni mp2 lebai agama PAS mcm syaitan bisu duduk atas kerusi empuk beraircond mkn elaun buta termasuk ketua lebai hancing.

Anonymous said...

Suci dalam debu

Anonymous said...

Sabarlah Pak karamu.
Tunggulah seminggu dua lagi.
Janganlah cepat sangat kelentong.
Janganlah gelojoh sangat.
Lebai tak elok gelojoh.

Anonymous said...

Baguslah. Semua org ada bhgn masing2. Saling merasa

Anonymous said...

Pak karam dah check akaun bank ker? Gi la check.

Anonymous said...

Sikit sama dirasa. Banyak sama dibedal.

Peribahasa ni patut diamalkan kan pak karam.

Anonymous said...

Kena ada 4 saksi tu.

Anonymous said...

Mencuri dan merompak tidak termasuk dalam RUU 355. Untuk yg ini hukuman masih sama. Tak ada kenaikan. Janganlah risau.

Anonymous said...

4 saksi tu mesti nampak macam kad ATM masuk dalam mesin ATM.

Anonymous said...

Nak sgt tgk no akaun, nama pemilik akaun dan jumlah yg ditransfer. Kalau bawah 100 mungkin untuk bayaran bil air. Kalau 200 mungkin bayaran bil api. Tak gitu pak karam?

Anonymous said...

Syaitan paling besar adalah najib, baham 2.6b. Jeneral najib paling tinggi darjat adalah hadi, baham rm90juta.

Pas biila nak saman SR dan husam?

Anonymous said...

Senang betul org nak buat tuduhan....btul2 zaman fitnah....nauzubillah....sedarlah dunia ni smentara

Anonymous said...

Samangla jangang tak samang. Samang sr, samang husang.

Anonymous said...

Dia ada bukti. Bukang tuduhang. Tunggulah seminggu dua lagi mungking keluarlah no akaung, nama pemegang akaung beng dan jumlah masuk akaung beng tu. Saborlah, jangan sedih sangat.

Anonymous said...

Puok mu kapiaqkan orang, boleh yer? Bangang mu neh

Anonymous said...

Dia tak nak samang mungking sebab samang tak ada dalang islang

Anonymous said...

Mung perlukang empat saksi juge?

Anonymous said...

Selalunya Rafizi tak buat kenyataan jika tiada bukti. Org spt Rafizi senang nak dpt bukti. Bukan mcm kita.

Anonymous said...

Sabar..sabar..tunggulah seminggu dua lagi. Semua orang sudah berdebar2 bimbang klu nama naik

Anonymous said...

Taki jgn bimbang. Klu tak buat pasti akan selamat. In Sha Allah

Anonymous said...

Mudah2an Allah permudahkan usaha Rafizi jika niatnya baik untuk mengatasi salahguna kuasa di negara kita. Amin Ya Rab

Lan said...

X berkenaan ke ??? Ada kena mengena tu ? Sebab tu iya2 sangat nak kan sangat RUU yg bukan hudud tu pun . RUU ini menyebabkan PR berpecah & akan memenagkan BN . Ini helah politik orang di atas . Sebab apa ? Sebab duit dah on9 ke Din Ayam . Menantu Abah ....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.