Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NASA HANYA PERLU MENJAWAB DARI SPRM

TIADA SESIAPA YANG BOLEH MEMACU NASA 
BUAT SESUATU. 
FULL STOP.

JIKA RAFIZI BUAT LAPORAN KEPADA SPRM
BIAR SPRM TENTUKAN PERATURAN YANG 
MEREKA ADA
FULL STOP.  

PENGADU TIADA HAK PAKSA NASA BUAT SESUATU
FULL STOP.


APA YANG PENTING NASA WAJIB BERTINDAK
KERANA NAMANYA TELAH TERCEMAR 
FULL STOP.


ANDAINYA NASA TELAH MELAKUKAN SESUATU KESALAHAN, MAKA DIA KENA TANGGUNG SENDIRI
BIAR MAHKAMAH TENTUKAN.
FULL STOP.



Pak Karamu
 

'Sebelum saman saya, buat dulu akuan berkanun'
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sentiasa bersedia sekiranya Datuk Dr Nasharudin Mat Isa mahu mengambil tindakan perundangan terhadapnya berhubung dakwaan bekas Timbalan Presiden Pas itu mendapat dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, sekiranya beliau disaman 'itulah masa yang ditungu-tunggu olehnya'.

"Jika beliau (Nasharudin) ingin menyaman saya, saya akan menunggu untuk menyoal siasat beliau di dalam kandang saksi kerana orang yang menyaman adalah orang yang pertama yang perlu beri keterangan di dalam kandang saksi.

"Saya ada beratus-ratus soalan yang akan ditanyakan mengenai penglibatan beliau dalam melobi pimpinan Pas supaya menjadi lunak dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, sehingga Pas dilihat tidak lantang memperjuangkan keamanahan Perdana Menteri dalam skandal 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, Nasharudin menafikan ada kaitan berhubung dakwaan Rafizi yang mengaitkan beliau dengan isu penerimaan dana tersebut.

Ujarnya, kenyataan Rafizi yang mengaitkan beliau dengan isu itu adalah tidak benar malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepadanya dan Pas.

Oleh itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh Rafizi.

Tambah Nasharudin lagi, beliau bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ujarnya lagi, beliau juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuk memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat.


Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sementara menunggu proses saman yang mungkin memakan masa, beliau menyarankan Nasharudin  mengambil jalan yang lebih mudah dan menunjukkan keyakinan kepada 'kebenaran yang kita pegang'.

"Saya sarankan Nasharudin membuat satu akuan berkanun mengisytiharkan semua harta, pendapatan dan sumbangan kepada beliau secara peribadi serta semua organisasi yang beliau terajui seperti Yayasan Nassar dan mana-mana projek lain," katanya.

Kata Rafizi lagi, Nasharudin juga perlu perincikan di dalam akuan berkanun bagaimana harta, pendapatan dan sumbangan ini dibelanjakan dan kepada siapa wang yang disumbangkan kepada beliau dibelanjakan.

"Saya sarankan beliau buat akuan berkanun itu bagi setiap tahun dari tahun 2012 ke atas sehingga 2017.

"Pengisytiharan itu tidaklah susah kerana saya melakukannya setiap tahun, tetapi beliau perlu juga sedar ada beratus akauntan dan peguam yang akan meneliti satu persatu ayat di dalam akuan berkanun itu. Jika ada maklumat yang tidak tepat, akan ada rakyat Malaysia yang membuat laporan polis terhadap beliau dan beliau boleh dipenjara," katanya lagi.

Tambah Rafizi, beliau yakin dengan kebenaran maklumat yang beliau terima dan harta yang beliau isytiharkan.

"Sebab itu saya menggunakan kaedah Akuan Berkanun sepanjang masa," katanya.

Katanya, kalau Nasharudin juga yakin beliau tidak menerima satu sen pun dari mana-mana sumber yang berasal dari SRC Internasional Sdn Bhd, beliau perlu mengisytiharkan pendapatan, harta dan semua sumbangan yang diterima beliau dalam bentuk akuan berkanun dengan segera.

15 orang berkata:

Anonymous said...

Fizi....
Janganlah ko bagi tekanan yg begitu tinggi kat nasa. Kesian aku tengok nasa mcm tu. Berilah dia ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia yg fana ini.

Anonymous said...

Bodoh dan bacul... itu lah yang sesuai .. dah tuduh orang tanpa bukti. Pastu suruh pulak orang yang dituduh saman..

Anonymous said...

Kalau awak nak tahu berapa jumlah, bila, di mana, no akaun, kpd siapa dia pergi, utk belanja apa dll, ko kena suruh dia saman rafizi dan husam. Kat mahkamah semua detail tu boleh dpt. Ada undang2 yg boleh suruh rafizi, husam dan sprm buka mulut.

Harap awak fahamlah ye.
Tapi kalau nak senang lagi, ko suruh sje pas saman.

Anonymous said...

Nak bukti yg kukuh, sila saman di mahkamah. Jgan cuma tahu menyalak. Cuma org dan parti bacul dan pondan sja yg tak nak saman bila maruah dah jatuh bawah tapak kaki. Jgn cuma jadi jantan di facebook dan ceramah politik shj...

Anonymous said...

Tuduhan dah dibuat melalui akaun bersumpah. Bukan melalui facebook. Penafian tertuduh juga sudah dibuat tapi bukan melalui akuan bersumpah. Rakyat boleh menilai.

ZAMAN INI ZAMAN PENAFIAN. ORANG TAKUT MASUK MAHKAMAH. PENAFIAN GUNA FACEBOOK PUN SUDAH CUKUP???

Anonymous said...

Janganlah risau. Kesalahan ini tidak ada dalam ruu 355 persendirian hadi. InsyaAllah selamat la tu...relak la.

Anonymous said...

Anak muda yg baik

Anonymous said...

Hahaha senang betul hidup sebagai lebai, ostat dan olamak ni yer. Mentekedarah duit juta2 lepas tu cuma perlu nafikan dlm facebook.

Hahaha balak disapu tanpa rasa bersalah pada alam dan org asal. Duit dari 1mdb pun dibaham tanpa rasa bersalah pada rakyat. Hidup bermewah2 harga jubah beribu ringgit, pandu kereta mewah masuk keluar kampung. Perangai sekor sekor mcm biawak makan bangkai, lepas tu ada hati nak buat undang2 hudud.

Anonymous said...

Konon beruk yang alim

Anonymous said...

Pas bukan agama, hanya sebuah parti politik. Rasuah itu terpaksa terima kerana bantuan derma tin milo sudah kurang. Rencah nak menang Pas kena main isu agama dan pakai serban besar skit. Pasti masyarakat kampung akan sanjung tinggi melangit.
Siang malam cerita Syurga Neraka tapi rasuah tetap ambil. Kesian
Takpe kita sokong janji pakai serban bukan sekular. Bab rembat itu hak peribadi. Tak gitu pak lebai?

Anonymous said...

apa yg kau melalut ni, cukup 2lah jadi khinzir si kafir.

Anonymous said...

Parti lebai2 rasuah pondan.

Anonymous said...

Lebai alim2 kucing. Nafsu buaya.

Anonymous said...

Pas skrg dah jd PIGS. Cukup2lah jadi khinzir lebai2 rasuah jual agama 90juta.

Anonymous said...

Marah ke penganut penjual agama?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.